
"Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah SWT meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat Islam".
"Ya Allah. restuilah perkahwinan Putera Idaman Bonda keluarga ini dengan pilihan Ayahanda dan Bondanya".
"Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah keimanan yang berkekalan kepada kedua pengantin, satukanlah hati mereka sepertimana Adam dan Hawa, tabahkan mereka setabah Ibrahim dan Hajar, bahagiakan mereka sebagaimana Yusof dan Zulaikha, setiakan mereka sesetia Sulaiman dan Balqis, dan sucikan mereka sesuci Muhammad SAW dan Khadijah,
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Sabda Rasulullah SAW,
"sesungguhnya apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih dan sayang)
dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih dan sayang),maka Allah memandang keduanya dengan pandangan kasih dan sayang dan apabila suami memegangi jemari isterinya
(dengan kasih dan sayang)maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya".
Dengan nama Allah..... Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon restu Mu, berkatilah majlis ini, semoga ianya berjalan dengan sempurna, limpahkan barakah dan rahmat jua keampunan Mu kepada pasangan suami isteri ini, jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan kepada Mu. Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah serta ketenangan kebahagiaan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini, moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat..... " Amin Ya Rabbal "Alamin.
"Kekalkanlah jodoh mereka berdua sehingga ke akhir hayat serta dilimpahi kebahagiaan di dunia dan di akhirat".
"Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami maka cukupkanlah permohonan kami dengan Redha Mu. Jadikanlah kami sebgai suami isteri yang saling mencintai, melengkapi dan menjaga kehormatan di kala dekat dan jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingati dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, saling menyempurnakan dalam hal ibadat".
"Ya Allah, sempurnakanlah kebahagian kami dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadat kepada Mu dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul Mu, Amin".
Begitulah pelbagai doa yang dipohon kepada Allah SWT yang terkandung dalam kad-kad jemputan majlis perkahwinan atau undangan majlis perkahwinan atau undangan majlis perkahwinan atau jemputan ke majlis raja sehari atau walimatul urus yang teman terima untuk 30 dan 31 Mei 2009, Mane yang sempat teman pegi teman pegi, yang tak sempat tuh maaf-maaf aje le, maklum le satu ari sampa 7 @ 8 jemputan.
Selamat Pengantin Baru.
Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat
Terdapat beberapa sifat yang ada pada wanita menjadi tarikan lelaki. Sifat-sifat tersebut banyak mempengaruhi lelaki untuk memiliki wanita berkenaan.




Pade
Kalo le bebudak naik basikal terlanggo lopak nih rase-rase teman, tersungko deme tuh. Sian kat deme tak ade sape nak baik jalan tuh. Ayo nakong bukan aje dalam longkang, kat atas jalan pun ade. Yele bile jalan dah rosak deme tak perbaik. Ini le akibat kontraktor buat longkang yang nakkan untong ajer.
Bile deme nak ngorek bukan kecik-kecik, beso-beso. Ini le jadinyer. Tanggungjawab langsung tak mandang. Ginike rupe kontraktor-kontraktor yang buat longkang kat sini?


Tiang elektrik kat kampung tersusun yang tak mandang lampunyer. Ingat teman sejak teman duduk kat sini teman dah mintak, aleh-aleh deme yang baru duduk tak sampa sebulan dah dapat. Teman pun bayo ape-ape yang MPKK minta. Rase-rase teman, dah dekat 10 tahun teman mintak. Mase ni terlior juge nengok lampu jalan kat taman sebelah.
Lampu kat taman sbelah kampung tersusun menyerolang tiap-tiap malam. Satu tiang satu lampu. Nak kate dah penuh oghang duduk idak juge. Tak sampa sebulan siap dah terang benderang ngan lampu jalan.
Jalan kat kampung tersusun nih pun dah pecah-pecah. Kesian sesape yang paka moto, silap-silap boleh terterap kalo tak ati-ati bile deme lalu kat sini.
Mengkome oghang MPKK nengok le rumput tepi jalan nih dah panjang. Bile le deme nak motongnyer. Nak nunggu tinggi lebih pade oghang gamaknyer.




























