Sunday, June 20, 2010

PASTINYA 12 JAM ITU LEBIH LAMA.

Dawos kecewa jadi mangsa penerbangan lewat
Jun 19, 10 3:04pm

Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit, melahirkan kekecewaan terhadap prestasi syarikat penerbangan negara berikutan pembatalan dan kelewatan jadual penerbangan.

Beliau yang lewat ke majlis makan malam penghargaan bagi Persidangan Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) di Kuching, malam semalam berikutan kelewatan jadual penerbangan selama 30 minit dari Miri ke Kuching, berkata isu kelewatan jadual penerbangan memberi impak negatif kepada industri pelancongan negara.

"Saya sangat kecewa dengan masalah kelewatan jadual penerbangan kerana ia akan menjejaskan persepsi pelancong dan ketibaan pelancong ke negara ini," katanya.

Selain kelewatan jadual penerbangan, Dawos berkata, beliau turut menerima aduan daripada pelancong berhubung perubahan dan pembatalan jadual penerbangan tanpa notis.

"Ketika saya berada di Lapangan Terbang Miri semalam, saya melihat pelancong yang sepatutnya berlepas dari Miri ke destinasi pelancongan Mulu sudah dimaklumkan bahawa penerbangan dibatalkan dan tanpa diberikan alasan. Pelancong sangat kecewa," katanya.

Dawos berkata, satu perjumpaan dengan syarikat penerangan iaitu Malaysia Airlines (MAS) dan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia untuk mencari jalan bagi meningkatkan perkhidmatan mereka bagi mengurangkan masalah penerbangan lewat.

- Bernama

Itu baru 1/2 jam, teman nih peronah jadi mangsa sampai 12 jam........

No comments: