Wednesday, July 6, 2011

PENGGERAK AMALAN STRATEGI ASAS KUALITI (PASAK) TAHUN 2011

LATAR BELAKANG
1. Program Guru Pasak 100 merupakan program di bawah STRATEGI 2 : PS JPN 2010 - 2011 iaitu membangun dan meningkatkan kualiti guru-guru di negeri Perak.

2. JPN Perak telah melaksanakan Program Guru Pasak 100 pada tahun 2010 melibatkan 550 orang guru-guru mata pelajaran BI UPSR, BI PMR, Matematik PMR, Sejarah PMR dan BM SPM.

3. Keberkesanan pelaksanaan pada tahun 2010 melalui peningkatan yang positif di dalam Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR dan SPM berbanding pencapaian di Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010.

4. Impak yang positif berdasarkan pencapaian mata pelajaran BI UPSR, BI PMR, Matematik PMR dan Sejarah PMR di dalam Peperiksaan sebenar UPSR dan PMR 2010 berbanding dengan pencapaian sebenar UPSR dan PMR 2009.

5. Program ini diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2011 dengan berfokus kepada guru-guru mata pelajaran kritikal di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
MATLAMAT
Untuk membangunkan dan meningkatkan kualiti guru di negeri Perak dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM 2011.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan kualiti guru-guru di negeri Perak
2. Meningkatkan prestasi mata pelajaran BI UPSR, BM UPSR SJK, BI PMR dan BM PMR 2011
3. Meningkatkan prestasi mata pelajaran Matematik PMR, Sejarah PMR dan BM SPM 2011
4. Meningkatkan prestasi UPSR, PMR dan SPM negeri Perak 2011

No comments: