Aghi nih teman ndak mengkome yang keghojer sebagei gughu macer aper yang teman salin daghi sughat habor kat bawah nih. Mengkomer cer fikio pastu mengkomer buatler cadangan ato pon komen. Pastu bagu teman ndak nuleh komen teman pulak yerk.
 LARANG GURU KERJA SABTU
Oleh Faizatul Farlin  Farush Khan
KUALA LUMPUR: Pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara 
diminta tidak memaksa guru mereka bertugas pada Sabtu, selain patuh pada
 peraturan dikeluarkan kerajaan yang menetapkan hari berkenaan sebagai 
cuti buat kakitangan sekolah.
Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati ditugaskan pengetua 
mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah masing-masing, diminta
 tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan 
Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk berehat pada hari itu dapat 
dibela.
Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, masih ada 
pengetua atau guru besar sekolah yang tidak memahami peraturan serta 
ingkar dengan arahan kerajaan yang menetapkan Sabtu sebagai hari cuti 
berehat untuk semua guru.
Bagaimanapun, beliau berkata, peraturan itu masih fleksibel kerana 
guru berkenaan boleh dipanggil oleh pengetua untuk bertugas pada 
mana-mana dua Sabtu dalam sebulan jika keadaan benar-benar memerlukan 
bagi menjayakan sesuatu acara yang tidak dapat dilakukan pada hari 
persekolahan biasa.
“Ada pengetua menganggap keputusan 
mereka mengarah guru bertugas pada Sabtu terutama untuk mengadakan kelas
 tambahan kononnya untuk mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar 
sedangkan kelas yang sudah diadakan dari Isnin hingga Khamis sepatutnya 
sudah mencukupi   “Pengetua yang mahu mengarah guru bekerja pada Sabtu 
sepatutnya mengeluarkan arahan dalam bentuk surat arahan rasmi dan 
bukannya secara lisan kerana jika apa-apa perkara tidak diingini 
berlaku, pihak sekolah dan pengetua akan bertanggungjawab,” katanya 
ketika dihubungi semalam.
Hashim berkata, guru mempunyai hak
 untuk berehat pada Sabtu bersama keluarga serta menenangkan fikiran dan
 tidak sepatutnya dikerah bekerja hingga mengganggu masa senggang 
mereka.
Katanya, beliau memahami keadaan guru yang tersepit dan serba salah
 dengan arahan pengetua serta akan mengikut saja berikutan bimbang 
dikenakan tindakan jika enggan bertugas pada Sabtu walaupun ia sudah 
diisytiharkan sebagai hari cuti buat mereka.
“Ada guru yang 
sukarela bertugas dengan mengadakan kelas tambahan pada Sabtu atau 
menganjurkan program berbentuk sukan,  tetapi bagi mereka yang tidak 
rela, jangan duduk diam dan kita minta mereka membuat aduan supaya hak 
mereka terbela.
“Manakala guru yang terpaksa bertugas pada Sabtu perlu berani 
meminta pengetua mengeluarkan satu surat rasmi yang tertera arahan 
mengenai tugas supaya pihak sekolah akan bertanggungjawab jika ada  
masalah,” katanya.
Sementara itu, Hashim turut memberi 
pandangan supaya beberapa perkataan yang menimbulkan rasa tidak puas 
hati di kalangan kaum India di negara ini seperti yang terkandung dalam 
novel Interlok dihitamkan saja dengan dakwat bagi memuaskan hati semua 
pihak.
No comments:
Post a Comment