Showing posts with label Guru dan murid berpisah tiada. Show all posts
Showing posts with label Guru dan murid berpisah tiada. Show all posts

Saturday, June 8, 2013

GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI: 1 AGENDA

Gughu hebat, mughid pon hebat. Memang pon gitu. Oghang kater gughu tuh hebat sebab nyeborkan ilmu sepenoh maser. Sesueiler pulak mughid tuh hebat sebab demer tuh ngaji pon sepenoh maser. Seeoghang  mughid tuh mesti ader eteka bersamer gughunyer:-
1. Aati
Ati macam ghajer pader badan. Cakap ato kelaku seseoghang itu aseinyer daghi ati. Macam nak gaji nih, ati mestiler beghesih. Gemana ati kiter biler ngadap gughu tiker ngaji? Gughu ngan mughid meseti ihlaskan niat. Idak ader yang ngeghewang. Idak ader yang mengeghobang. Mesti tumpukan ke satu aghah. Iaitu nak ngaji. Nak nuntut ilmu. Kan gitu?

2. Lisan
Semedang ajer kiter mendoakan oghang len teghutmer biler kiter ngaji. Idak kgherler ngaji kat maner. Kat mesejed ker. Kat sughau ker. Kat skolah ker. Kat maner-maner ajer. Maluler kiter weh biler kiter idak ndak mendoakan gughu kiter. Pastu kiter elok bebenor ngucapkan ghibuan teghimer kaseh pader gughu kiter itu. Mughid juger mesti beraklak lisan dengan gughu.
a) Panggelan sopan
b) Jager namer baek, Jangan ngumpat.
c) Ameikan salam dan senyum
d) Idak membantah


Bagi gughu pulak terdapat bebeghaper cighi untok menjadi gughu yang berkualiti. Oleh itu terdapat enam cighi gughu yang berkualiti:-
1. Akrab ngan Allah
Biler kiter akrab ngan Allah, Allah akan beghi kiter kekuatan, kebijaksanaan dan kesabaghan.

2. Tawaduk
Oghang yang berilmu akan tawaduk. Ilmu idak ndak singgah dalam ati oghang yang sombong

3. Takut kepada Allah
Takut pader Allah adeler sifat asas seorang gughu.Ilang wibawa kalo idak takot ngan Allah.

4. Waghak
Lisan gughu manyak dijager. Gitu juger ler perbuatan ngan peghasaannyer.

5. Menghormati oghang len tanpa syaghat
Jujur ateh layanan seseoghang. Gughu yang baik akan hormat pader sememe oghang.


6. Ajar dan ajak.
Gughu bukan ajer ngajor tapi peghelu ngajak. Ini boleh dikaterkan ngajak mencaghi ilmu. 

Tuesday, June 4, 2013

GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI: 1 AGENDA

Guru adalah insan biasa. Guru bukan maksum. Guru juga melakukan kesalahan. Setiap guru mempunyai ramai anak muridnya. Seandai seorang guru itu tersalah maka akan ramailah yang akan ikut tersalah. Kelakuan atau tingkah laku guru menjadi ikutan. Cara berpakaian. Cara berjalan. Cara sikat rambut. Dan boleh dikatakan hampir semua akan menjadi ikutan. Tambahan pula kalau seseorang guru itu menjadi tumpuan dan perhatian murid atau pelajarnya.

Tadi ada dikatakan guru juga melakukan kesalahan. Betul, sebagai manusia biasa ia tetap akan berlaku. Kesalahan guru juga perlu ditegur. Kesalahan guru juga perlu diperbetulkan. Ia sama seperti kesalahan yang dilakukan oleh murid yang patut ditegur oleh guru. Yang patut diperbetulkan oleh guru. Namun, teguran itu perlulah berhemah. Seseorang guru yang beriman pasti mudah menerima setiap teguran. Terutama teguran dari pelajarnya. Juga teguran dari ibu bapa. Teguran dari sesiapa sahaja. Asalkan teguran tersebut adalah teguran yang membina.

Setiap murid tidak akan melupakan jasa dan bakti gurunya. Guru biasa tidak meminta untuk dibalas jasa mereka. Cara mudah untuk membalas jasa guru adalah dengan menghormati mereka. Taat kepada mereka. Satu lagi cara yang agak mudah untuk membalas jasa guru ialah dengan mengamalkan ilmu yang diajar oleh guru. Ilmu itu pula hendaklah diajarkan kepada orang lain. Kita pula menjadi guru dengan ilmu yang kita terima. Amal jariah ini akan terus bersambungan.

Guru yang baik biasanya boleh mengubah murid yang biasa kepada luar biasa. Apatah lagi kalau guru itu hebat pastinya akan mampu menjadikan muridnya cemerlang. Yang pastinya menjadikan murid itu melebihi pencapaian guru mereka. Guru itu adalah hebat. Guru itu ibu bapa kedua kepada murid di sekolah. Guru adalah satu profesion yang mengajar dan mendidik pelajar ke arah pelbagai profesion. Yang pastinya ada yang lebih hebat dari profesion keguruan itu sendiri.

Hadir guru ke sekolah adalah membentuk dan mendidik agar lebih baik dari mereka. Ini adalah niat yang terlalu mulia dari seorang guru. Pernahkah kita berjumpa seorang guru yang inginkan pelajarnya menjadi lebih bodoh daripadanya? Namun, hakikatnya tidaklah seratus peratus pelajar seorang orang itu mencapai kecemerlangan tapi, yang pasti ada yang menjadi tokoh atau individu yang cemerlang hasil didikan seorang guru. Hormatilah guru. Sayangilah guru dan taatilah setiap ajaran guru. Pasti hidup kita akan berjaya di dunia dan juga di akhirat.