Showing posts with label pendidik. Show all posts
Showing posts with label pendidik. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

JADILAH PENDIDIK YANG HEBAT

Ramai ilmuan menyatakan bahawa "pendidikan asas kejayaan sesebuah negara". Ini menunjukkan betapa pentingnya pendidikan kepada setiap manusia. Dalam belanjawan negara juga meletakkan pendidikan sebagai yang utama dengan peruntukan wang begitu banyak. Pendidikan juga merupakan pembentuk generasi yang bakal menjadi pemimpin negara.

Untuk mendidik seseorang itu tidak semestinya perlu mempunyai title guru atau pensyarah kerana kerja mendidik ini terlalu luas. Mendidik diri sendiri adalah peranan individu itu sendiri. Begitu juga apabila mendidik keluarga terutama anak-anak yang bakal menjadi peneraju sebuah negara atau setidak-tidaknya sebuah keluarga. Setiap individu perlu persiapkan diri dengan pelbagai ilmu terutama ilmu dunia dan akhirat.

Setiap individu perlu menitikberatkan persoalan pendidikan. Pencarian ilmu perlu dijadikan budaya dalam kehidupan. Budaya ilmu adalah berkait rapat dengan budaya membaca. Melalui pembacaan ilmu itu kita perolehi. Selain itu, ilmu juga ditemui melalui pengalaman sendiri atau pun pengalaman orang lain. Untuk menjadikan budaya ilmu itu tertanam dalam sanubari individu galakan dan bimbingan wajar diberikan.

Kalau di peringkat rendah, sekolah adalah merupakan organisasi pencarian ilmu. Seterusnya sampailah kepada peringkat kolej dan institut pengajian tinggi. Semua organisasi ini wajar dijadikan sebagai pusat transformasi pendidikan. Suatu masa ketika dahulu, masjid dan surau telah dijadikan masyarakat sebagai pusat transformasi pendidikan. Bagitu juga organisasi-organisasi keagamaan yang lain.

Terdapat beberapa sifat yang perlu ada pada seseorang apabila ingin menjadi pendidik yang berkesan. Pendidik yang berkesan adalah pendidik yang hebat. Pendidik yang berkesan juga akan menjadikan dirinya ramai pengikut. Pendidik yang berkesan akan menjadikan pelajarnya berjaya dengan cemerlang dan akan membentuk sebuah generasi yang gemilang serta menjadi harapan kepada sesebuah negara.

Sifat-sifat pendidik yang hebat:-
1. Ikhlas
2. Mengamalkan apa yang dilafazkan
3. Sabar
4. Jujur
5. Humor dalam pendidikan
6. Berani kerana benar


Tuesday, June 26, 2012

UDAH JADI GUGHU BESOR WEH, ALHAMDULILLAH

Taniah ler miker dapat jadi Gughu Besor. Itu ler perkataan yang kluor daghi mulot kegahni sekolah tempat teman ngajor. Aikkkkk biler pulak teman jadi Gughu Besor? Teman nanyer balek kat keghani tuh. Ini her.... soghat tawaghan udah teman teghimer aghi nih. Baleh keghani tuh sambei ngunjok soghat tuh pader teman. Teman teghuis nagmbek soghat tuh, pastuh lekes-lekes teman mukak ngan macer soghat tuh. Hah.... sekolah Oghang Asli? Terkejot teman. Naper pulak, tanyer keghani tuh. Idak ler, naper pulak diantornyer teman ke situ. Teman bukannyer ader pengalaman jadi Gughu Besor. Baleh teman. Ater nak idak miker pegi. Tanyer keghani tuh pulak.

Pegi ajer ler. Bukannyer jaoh pon. Idak pindah ghomah pon. Boleh beghulang daghi ghomah miker ler nih. Semangat bebenor keghanio tuh nyughoh teman teghimer tawaghan jadi Gughu Besor tuh. Patuh pulak miker boleh mecah ghekod dunia nih. Kater keghani tuh lagi. Naper pulak? Baleh teman. Ater idak ker miker peghasan, sekolah nih ader cawangan-cawangan yang len. Hebat miker jadi Gughu Besor pader enam buah sekolah sekali gus. Kater keghani tuh lagi. Ajernyer weh. Teman kalo teghimer tawaghan tuh akan jadi Gughu Besor di sekolah induk tuh pastuh ader pulak cawangan len lain, ader lima weh. Ghaser besor pulak teman. Ater ajernyer iyer ler sebor, sebab miker Gughu Besor. Bales keghani tuh lagi.

Thursday, April 26, 2012

UNTUK MENJADI GURU CEMERLANG

Kecemerlangan sebenar seorang guru tidaklah boleh diukur pada keupayaan dan kemampuan mengajar semata-mata kerana fungsi sebenar guru bukan setakat melahirkan pelajar yang berjaya mencapai bilangan A yang banyak, tetapi juga yang berakhlak cemerlang.

Peranan yang perlu dilaksanakan guru untuk menjadi orang yang cemerlang:-
1. Guru sebagai pendakwah
2. Guru sebagai pendidik
3. Guru sebagai pemimpin
4. Guru sebagai pekerja
5. Guru sebagai pengusaha
6. Guru sebagai profesional
7. Guru sebagai pengikut
8. Guru sebagai pejuang
9. Guru sebagai penyokong
10. Guru sebagai orang yang produktif