Thursday, April 18, 2013

GUGURNYA PAHLAWAN TERBILANG UMNO PERAK

Sedeh jugak biler namer pahlawan ini idak di senaghaikan dalam PRU13. Masyarakat Sunga Sipot nih memang suker bebenor kepader pahlawan terbilang ini. Mudah bermegher. Mudah bergaul. Mudah segaler-galernyer. Oghangnyer memang "low profile". Itu kater demer yang cakap oghang puteh. Kalo cakap melayunyer suker "meghendah dighi". Oghang kampong memang menghaghap bebenor pahlawan terbilang ini dicalonkan semuler. Aperkan dayer. Oghang ateh udah nak calonkan oghang len.

Teman ngelorkannya "pahlawan terbilang" tuh bukan ke haper. Teman respek dia ni. Biler Pakatan Ghakyat meghentah Peghak, dia nih ler salah soghang yang demer ngater akan jadi katak yang suker melompat. Heboh meghater ceghok ngater dia nih udah jadi katak. Tup-tup, BN dapat ghampeh balek Peghak biler ader Wakil Ghakyat Pakatan Ghakyat pula jadi katak. Yang paling seghonoknya memuler tuh, heboh pasei Wakil Ghakyat BN yang udah jadi katak. Lompat ke Pakatan Ghakyat. Idak nunggu lamer lompat balik ke BN dgan Wakil Ghakyat PKR dan DAP. Maker teghampehler negeri Peghak kepader BN.

Tapi betui ker dier nih yang jadi "pahlawan terbilang" seperti maner yang teman ngelorkannyer? Mengkomer kenerler tanyer pada dier sendighi. Itu pader pandangan teman ajer. Kalo betui maker betuiler. Kalo idak maker idakler. Yang penting diernih bersamer Wakil Ghakyat yang udah jadi katak tuh. Dan, katak-katak tuh pulak kenei detak dik Najib kat bawah tempughong sebab idak dicalonkan semula. Kasihan katak-katak nih. Yang untung besor yang jadi calon kat Shah Alam. Siaper? Mengkomer pun udah tahu.

Monday, April 15, 2013

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) - 2

Jadual Pelaksanaan Komponen PBS:-

PBS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.Jadual di bawah menunjukkan komponen PBS yang perlu dilaksanakan di peringkat rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012.

Pelaksanaan PBS pada Tahap 1 iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 juga bergantung kepada:-
a) Pentaksiran Sekolah
b) Pentaksiran Aktiviti Jasmani. Sukan dan Kokurikulum
c) Pentaksiran Psikometrik
d) Pentaksiran Pusat

A. Pentaksiran Sekolah:-
Bagi Pentaksiran Sekolah, ianya dilaksanakan dengan meletakkan 19 mata pelajaran iaitu:-
1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Bahasa Tamil
5. Matematik
6. Pendidikan Jasmani
7. Pendidikan Kesihatan'
8. Pendidikan Islam
9. Pendidikan Moral
10. Pendidikan Seni Visual
11. Pendidikan Muzik
12. Dunia Sains dan Teknologi
13. Bahasa Arab
14. Bahasa Cina SK (Sekolah Kebangsaan)
15. Bahasa Tamil SK (Sekolah Kebangsaan)
16. Bahasa Kadazandusun
17. Bahasa Iban
18. Bahasa Melayu SJK (Sekolah Jenis Kebangsaan)
19. Bahasa Inggeris SJK (Sekolah Jenis Kebangsaan)

Wednesday, April 10, 2013

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) - 1

DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS):-
Empat perkara asas kepada dasar pelaksanaan PBS ialah:-
1. Punca Kuasa
2. Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah
3. Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah
4. Dokumen Rujukan

1. PUNCA KUASA:-
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan:-
1.1 Akta Pendidikan:-
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah:-
a. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah;
b. Perkara 3(b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan
c. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

1.2 Mesyuarat Jemaah Menteri:-
Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan:-
a. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1Tahun 2011:-
Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai Tahun 2011 -KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22Februari 2011.
b. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011:-
Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 -KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011.
c. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011:-
Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.
d.Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011:-
Penggunaan Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September2011.

2. KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH:-
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH:-
1. AKADEMIK:-
a) Pentaksiran Pusat (PP):-
 Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.Pelaporan dikeluarkan LP.

b) Pentaksiran Sekolah (PS):-
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.
i) Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz,senarai semak, laporan tugasan,  tugasan rumahdan ujian.
ii) Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.

PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

2. BUKAN AKADEMIK
a) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum:-
Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan di peringkat sekolaholeh guru berdasarkan penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.

b) Pentaksiran Psikometrik:-
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate abilitydanacquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.