Wednesday, April 13, 2011

MENGKOME BACE PASTU MENGKOME FIKIOLER SENDIRI

Berita Am
Oh Azizah Awang Selamat masih mengigau

Ramai mengakui harta termulia yang Anwar miliki adalah Azizah, isteri mithali diidamkan setiap lelaki. Pemimpin BN juga akui Azizah isteri mulia, cintanya suci sesuci Puteri Balqis, tinggi pengorbanannya semulia Siti Khadijah, namun malangnya Azizah hidup di zaman serba moden bukan zaman nabi.

Kerana ghairah membodek tuan, kerana cemburu Anwar beristerikan Azizah maka Awang Selamat menghentam tanpa mengira baik hukum Islam mahupun hukum sekular.

Undang-undang jelas mengehendaki yang menuduh mengemukakan bukti. Orang tertuduh bisa saja berdiam diri demi mengelak segala yang dikatakan dijadikan bahan sabitan. Justeru meminta Azizah menunjukkan jam Omega suaminya adalah tersasar dari hukum. Meminta Anwar bersumpah laknat lagi tersimpang ajaran agama. Inikan pula meminta alibi suaminya selama dua jam. Apa sudah jadi dengan umat Islam negara ini?

Dalam pada dunia memikir sama ada mahu memulakan senjata nuklear, Malaysia ghairah dengan suruhanjaya diraja kesahihan video seks. Bukankah banyak isu negara yang perlu dan belum terjawab? Adakah Awang Selamat kehabisan tinta? Kenapa semuanya diam apabila pelbagai tuduhan melibatkan barisan kepimpinan negara? Bukankah kepimpinan negara lebih perlu menunjukkan moral yang lebih mulia dari seorang ketua pembangkang?

Provokasi melampau mula dimainkan tanpa ada rasa kemanusiaan. Mulanya mencabar Azizah menonton porno. Terkedu dengan jawapan Azizah yang sangat tepat: haram melihat porno. Dikeluarkan pula klip dua minit tanpa adegan. Azizah akhirnya menonton dan dengan tegas menyatakan bukan Anwar yang berperut gendut, berbuah dada boyot. Sekonyong-konyong seorang menteri berkata, Azizah tidak layak membuat pengecaman sama ada Anwar atau bukan kerana Azizah berkepentingan. Menteri berkenaan lupa bukankah dia yang minta Azizah menjadi ahli panel suruhanjaya diraja?

Pada saya, serangan terhadap Azizah bermatlamat jauh dari itu. Azizah harta terbaik Anwar dan perlu dimusnahkan, kredibilitinya dan kekuatan dalamannya. Ternyata serangan pada Azizah memakan diri sendiri. Cemburu Awang Selamat pula bertukar menjadi igauan mimpi ngeri. Rakyat mula melihat dengan simpati dan mula berdoa siang dan malam agar Azizah kuat imannya walau ramai yang berdoa tahu iman Azizah jauh lebih kuat dari mereka. Keteguhan cinta Azizah jauh lebih utuh dari cinta setiap mereka. Namun, mereka tetap berdoa untuk Azizah kerana Azizah ibu reformasi yang akan membawa perubahan di negara yang telah rosak seluruh sistem bernegara merdeka.

Faekah Husin,
Bekas Setiausaha Politik Kepada Presiden Keadilan,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Mengapa perlu polis minta Anwar serah jam Omega? Siasat sahaja jam yang telah diserahkan pada polis.

Tuesday, April 12, 2011

ADIGURU KRAF TENUNAN MUGAH

ADIGURU KRAF TENUNAN MUGAH
(PUAN SABNAH BINTI DULLAH)

Kain tenun mugah, di antara kain tenunan etnik masyarakat Sabah yang amat sinonim dengan suku kaum Irranun dan Rungus. Kain benang kapas ini menjadi pakaian kebesaran suku kaum Rungus terutama semasa majlis perkahwinan, hari perayaan atau semasa upacara adat yang lainnya. Manakala suku kaum Irranun pula bertanggungjawab menenun dan menjadi pembekal kain tenun mugah.

Di antara penenun kain mugah yang disegani adalah Puan Sabnah Dullah. Beliau dilahirkan pada tahun 1945 di Kampung Merabau, Kota Belud, Sabah dan dibesarkan dalam keluarga yang mahir menenun. Sejak berusia 10 tahun, beliau diajar menenun oleh ibu dan neneknya. Dengan kemahiran menenun ini, beliau menyara enam orang adik beradik selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia.

Setiap helai kain tenun mugah yang beliau hasilkan dihiasi dengan reka corak yang tersendiri. Alam semulajadi seperti flora dan fauna, corak-corak geometrik dan unsur kosmos diadun menjadi reka corak kain tenunan beliau. Antara corak yang dihasilkan seperti anunon, tuara, bakaki, bunga emas, tiatali, siku keluang dan sunding yang kemudiannya menjadi ikutan penenun-penenun kain mugah di sekitar Kampung Merabau.

Kepakaran Puan Sabnah dalam menghasilkan kain tenun mugah telah menempatkan beliau sebagai salah seorang penenun kain mugah yang handal dan disegani terutama di sekitar Kota Belud. Bagi memastikan seni kemahiran tangan ini tidak pupus, beliau memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada penenun-penenun muda di sekitar kampung Merabau.

Kegigihan dan kepakaran beliau ini dijejaki oleh Kraftangan Malaysia dan telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Tenun Mugah pada tahun 2002. Skim latihan yang lebih terancang diatur oleh Kraftangan Malaysia dan beliau telah dilantik sebagai juru tunjuk dalam program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) bagi tenunan kain mugah.

TENUNAN MUGAH
Kepekaan terhadap persekitaran terutama alam semulajadi menghasilkan corak menarik pada kain mugah dan menjadikan kain tenunan tangan ini kebanggaan dan kesenian masyarakat Irranun. Kepakaran penenun terpamer melalui kemahiran menyulam reka corak dan motif di antara benang pakan dan loseng.

petikan dari Adiguru Kraf (Master Craftsperson)

Monday, April 11, 2011

MENGKOME OII, MOH LER KITER MAKAN DEGHOYAN

Semalam teman pegi Kepale Bateh Pulo Pinang. Mase nak pegi tuh lalu ngikut Ghawat ngan Ghehat Bukit Gantang Utaghe. Teman nengok penuh kat situ khemah ngan oghang yang ramei makan deghoyan. Teman dengor kene bayor RM9.90 seoghang, pastu ikut suker mengkome ler nak melantak manyak maner. Bawak balek tak boleh. Jadi deme tuh nguntei ler deghoyan tuh sampei padan dgan ghege yang kene bayor.

Mase balek daghi Kepale Bateh tuh teman nyinggah kat Ghawar ngan Ghehat Bukit Gantang Selatan, idakler pulak ader deme nighikan khemah. Bile teman ceghoyer-cheghoyer memang idak ader deme jamu deghoyan RM9.90 kat sini. Ghoper-ghopernyer deme buat jamu deghoyan tuh kat sebelah aghah utaghe ajer. Melepehler teman nak melantak deghoyan Bukit Gantang.

Aghi nih, lepeh ajer perhimponan, oghang kantin kat skolah teman keghojer nyempot makan deghoyan ngan pulut kat kantin. Waktunyer lepeh waktu skolah. Ini bermakne pukui 2.00 teman kene ler tughun ke kantin. Memang sedap. Deme kater sedap bebenor biler melantak deghoyan ngan pulut nih. Dah kene gayernyer pulak biler santannyer, puhh lemak berkrim. Ape lagi idak sedor teman dah melantak lebih dua biji deghoyan. Mase nih teman tengah dok dekat aircond nak nyejokkan badan yang dah libang libu paneh.