Wednesday, November 11, 2009

MENGAPA MALAS BELAJAR DAN NAKAL?

Dewasa ini ibu bapa sering menghadapi masalah anak-anak malas belajar dan nakal. Malas belajar boleh dibahagi kepada dua jenis. Malas belajar ketika dalam kelas dan malas belajar ketika di luar kelas. Malas belajar ketika dalam kelas bermakna seseorang murid itu tiada 'mood' belajar walaupun ketika itu dia sedang berdepan dengan gurunya yang sedang sibuk mengajar atau menyampaikan ilmu.
Pelajar yang bermasalah ini kelihatannya seperti sedang memberi tumpuan kepada guru sedangkan sebenarnya tidak. Matanya mengarah ke arah guru tetapi fikirannta melayang entah ke mana. Biasanya pelajar jenis ini sentiasa mengintai peluang untuk mengganggu atau cuba menarik perhatian rakan-rakannya dengan melakukan pelbagai gelagat atau aksi-aksi sumbang. Peluang seperti ini biasanya timbul walaupun dalam sesingkat waktu, sekadar guru membelakangi kelas untuk menulis di papan tulis atau merujuk sesuatu kepada buku teks. Akhirnya apa sahaja yang dicurahkan oleh guru tiada meninggalkan sebarang bekas kepada murid ini. Dia hanya melepak di kelasnya.
Sementara itu, malas belajar di luar kelas ditandai dengan ciri-ciri murid ponteng sekolah, tidak membuat kerja sekolah dan tidak mentalaah pelajarannya di rumah, Pada hari persekolahan murid-murid ini bangun tidur seperti biasa, Dia memakai pakaian sekolah, membawa beg sekolah dan meinta wang saku daripada ibu bapa mereka tetapi tidak pernah sampai ke sekolah. Mereka menghabiskan masanya bersama-sama rakan sealiran di tempat-tempat yang agak tersorok dari pandangan umum seperti di tepi sungai, tepi hutan atau rumah-rumah kosong. Ada kalangan mereka yang lebih berani akan menukarkan pakaian dan mereka ini melepak di pusat membeli belah.
Antara sebab-sebab berlakunya perkara seperti ini ialah:-
1. Kadar kemiskinan yang menyelubungi rumah tangga.
2. Perselisihan dan pergaduhan ibu bapa.
3. Masa lapang yang mempengaruhi anak-anak.
4. Percampuran yang merbahaya,
5. Tindakan ibu bapa yang tidak baik terhadap anak-anak.
6. Menonoton filem jenayah dan lucah.
7. Ibu bapa yang mengabaikan tugas mendidik.
8. Ibu bapa mementingkan kebendaan.
9. Pengaruh rakan sebaya.
10. Sikap guru itu sendiri.
Rumusan menunjukkan punca utama anak-anak malas dan nakal adalah akibat dari cara pendidikan anak-anak yang tidak betul.

No comments: