Monday, November 2, 2009

SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN KAUNTER
Semua jabatan kerajaan terutamanya yang berurusan secara terus dengan pelanggan hendaklah menyediakan perkhidmatan kaunter. Kaunter yang disediakan hendaklah bersesuaian dan mesra pelanggan. Peranan kaunter adalah penting kerana di situlah bermulanya layanan yang di berikan kepada pelanggan. Kaunter tersebut mestilah berperanan dengan kemudahan-kemudahan kepada semua jenis pelanggan yang ingin berurusan:-
a. Memusatkan semua perkhidmatan kaunter
b. Menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk khidmat bayaran
c. Menyediakan kaunter khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU)
d. Mengadakan sistem giliran melalui mesin digital
e. Menyediakan borang maklum balas pelanggan
f. Menempatkan peti cadangan
g. Membuat analisa maklum balas pelanggan
h. Penyelia kaunter dilantik agar kelicinan perkhidmatan di kaunter terhasil
i. Selalu membuat pemantauan berkala dan tidak berkala
PERKHIDMATAN TELEFON BERKUALITI
Ketua jabatan hendaklah meningkatkan kualiti layanan perkhidmatan telefon melalui layanan yang cekap, sopan dan berbudi bahasa.
SISTEM DAN PROSEDUR KERJA
a. Mengadakan sistem dan prosedur kerja yang teratur, jelas dan difahami oleh semua pegawai / staf.
b. Mengemaskinikan sistem dan prosedur kerja untuk memastikan perkhidmatan yang diberi telus, cepat dan berkesan serta menutup ruang dan peluang bagi sebarang amalan yang negatif.
c. Mewujudkan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.
d. Borang yang disediakan hendaklah ringkas dan memenuhi kehendak atau tujuan.
e. Lesen dan permit yang dikeluarkan hendaklah selaras dengan tujuan ianya diadakan.
BORANG PERMOHONAN
Setiap borang permohonan yang disediakan hendaklah ringkas,memenuhi kehendak dan tujuan borang itu diadakan. Borang tersebut mestilah sentiasa dikemaskinikan formatnya mengikut perubahan semasa.
LESEN DAN PERMIT
Perlu membuat semakan dan mengkaji kesesuaian bagi menghapuskan lesen dan permit. Lesen komposit perlu diperkenalkan kepada semua pihak. Tempoh sah laku bagi sesuatu lesen dan permit itu perlu dilanjutkan mengikut permohonan, keperluan dan kemudahan.
PUNGUTAN HASIL
Organisasi yang berjaya akan dapat memungut hasil dengan cekap, amanah serta mengikut peraturan. Untuk memudahkan lagi hasil dipungut, saluran bayaran perlulah dipelbagaikan. Penumpuan sewajarnya diberi kepada pungutan tunggakan hasil.

No comments: