Saturday, January 22, 2011

PELAKSANAAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Results Area - NKRA) telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta Goverrnment Linked Companies (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 Julai 2009. Hasrat untuk mengenal pasti dan mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri di dalam majlis dimana antaranya YAB Perdana Menteri menyatakan:

"Selain itu, sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi.
Dengan ini, kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran
yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan
sektor swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar.
Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamat 2012".


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terlibat secara langsung dalam NKRA yang ketiga iaitu Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan. Untuk mencapai hasrat ini, KPM telah menyediakan pelan tindakan untuk merealisasikan subNKRA yang ketiga iaitu mengenal pasti 100 buah SBT menjelang 2012 sebagai sebahagian daripada portfolio kepada YAB Menteri Pelajaran. Usaha ini sejajar dengan hasrat "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 8/2009 KPM pada 9 September 2009 telah bersetuju untuk mengiktiraf 100 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan menjadi SBT.

Mesyuarat juga telah memutuskan untuk menubuhkan Sektor SBT di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) supaya pengurusan SBT dapat dilaksanakan dengan efisien.

Sebanyak 20 buah sekolah telah diumumkan sebagai SBT Kohort 1 oleh YAB Menteri Pelajaran pada 25 Januari 2010. Majlis Pengiktirafan SBT telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 29 Januari 2010

No comments: