Sunday, January 30, 2011

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempuiyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

RASIONAL:-
Rasional menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah dalam Sistem Pendidikan Malaysia adalah untuk:-

1. Mengangkat Kualiti Sekolah-Sekolah Terbaik:-
Meningkatkan kualiti sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan. Ia melibatkan semua aspek pengurusan iaitu antaranya:-
a) Pengurusan Organisasi
b) Pengurusan Instruksional
c) Pengurusan Kurikulum'
d) Pengurusan Kewangan
e) Pengurusan Sumber Manusia

2. Menghasilkan Murid Cemerlang:-
Menghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi.

3. Merapatkan Jurang Antara Sekolah-Sekolah Dalam Sistem:-
Menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT.

No comments: