Tuesday, February 1, 2011

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

PEMILIHAN
Kriteria pemilihan diumumkan kepada semua sekolah melalui portal KPM www.moe.gov.my/nkra atau portal NKRA www.apps.moe.gov.my/nkra. Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan dianggotai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (TKPPM) Sektor Operasi Pendidikan, TKPPM Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, TKPPM Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, Pengarah BPSBPSK dan Sekretariat NKRA.

Calon untuk pengiktirafan SBT adalag terdiri daripada semua sekolah rendah dan menengah yang berada dalam Band Satu (1) berdasarkan skor komposit yang mengambil kira Gred Purata Sekolah (GPS) dan keputusan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).


Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan melalui tiga proses saringan.
1. Saringan Pertama:-
Sekolah yang berada dalam Band Satu (1) iaitu sekolah rendah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 85% dan sekolah menengah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 90% wajib mengisi Borang Pencalonan Pengiktirafan SBT (BPP - SBT). Skor komposit merupakan 70% gred purata sekolah (GPS) dan 30% Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Sekolah akan disenaraikan mengikut skor komposit dan markah yang diperolehi dalam BPP - SBT.

2. Saringan Kedua:-
KPM akan memilih sekolah yang layak daripada Band Satu (1) untuk dinilai dan diverifikasi dengan menggunakan Instrumen SKPM dan Annex-SBT oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Annex-SBT akan menilai lima (5) ciri kecemerlangan dan keunggulan sekolah iaitu personaliti unggul, anugerah diterima, jalinan, jaringan dan penandaarasan.

3. SaringanKetiga:-
Sekolah yang telah diverifikasi oleh JNJK disusun mengikut markah penarafan SKPM dan Annex-SBT. Hanya sekolah yang mendapat skor sekurang-kurangnya 90% dalam penarafan SKPM yang telah diverifikasi oleh JNJK dan skor sekurang-kurangnya 40 % dalam Annex-SBT akan diambil kira. Jawatankuasa Pemilihan akan memilih sekolah yang layak untuk diiktiraf sebagai SBT.

No comments: