Monday, February 14, 2011

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) - AUTONOMI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AUTONOMI
Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan perubahan, penyelarasan dan pengecualian berkaitan pengurusan autonomi SBT dalam aspek kurikulum, kewangan, sumber manusia dan pemilihan murid.

1. Fleksibiliti Pengurusan Kurikulum:-
SBT digalakkan mengguna pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran (P & P). Walau bagaimanapun, pelaksanaan fleksibiliti pengurusan kurikulum ini bergantung kepada perkara-perkara berikut:-
a. Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di SBT mengikut Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

b. SBT yang menawarkan mata pelajaran dari kurikulum lain di luar kurikulum kebangsaan, bahasa pengantar yang digunakan hendaklah sama dengan bahasa pengantar asal bagi mata pelajaran yang tersebut atau sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar.

c. Jumlah bilangan hari persekolahan setahun tidak kurang dari 190 hari.

d. Segala perubahan yang hendak dilakukan di SBT berkaitan dengan mata pelajaran yang ditawarkan, bahasa pengantar, hari persekolahan, dan peperiksaan hendaklah dimaklumkan dan mendapat persetujuan daripada ibu bapa/penjaga dan Ketua Pendaftar. Perubahan yang dibuat adalah berdasarkan perkara-perkara berikut:-
i. Memberi keutamaan kepada perkembangan murid secara holistik.

ii. Membolahkan P & P dilaksanakan mengikut tahap kebolehan murid dengan menyediakan program khas untuk murid cerdas dan berbakat.

iii. Membolehkan murid memenuhi keperluan kemasukan ke sekolah berasrama penuh, program matrikulasi dan institusi pengajian tinggi awan (IPTA) di Malaysia.

No comments: