Sunday, February 20, 2011

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN (KKPP)

RASIONAL
Keperluan pengetahuan dan kemahiran untuk memimpin serta melaksanakan fungsi pengurusan dan kepemimpinan dalam organisasi sekolah amatlah diperlukan oleh pengurus sekolah sama ada mereka yang baru dilantik ataupun mereka yang sudah lama bertugas. Pengurus-pengurus berhadapan dengan pelbagai cabaran dan permasalahan hampir setiap hari dan ada kalanya datang secara mendesak. Namun begitu, mereka harus menanganinya supaya proses pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu.

Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pengurus sekolah jauh berbeza daripada apa yang diperlukan oleh guru di bilik darjah. KKPP diharapkan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurus sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan dasar dan rancangan pendidikan bagi mencapai matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF
Melalui KKPP, pengurus-pengurus sekolah akan dapat:-
1. Memimpin peranan sebagai pengurus sekolah dalam konteks tugas dan tanggungjawab.
2. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengurusan pendidikan.
3. Mentadbir pejabat dan hal ehwal kewangan sekolah mengikut arahan dan peraturan-peraturan kerajaan.
4. Mengurus kakitangan dan sumber-sumber lain dengan cekap supaya mendapat hasil dan prestasi tinggi.
5. Memahami konsep kurikulum dan memainkan peranan sebagai pemimpin kurikulum.

KANDUNGAN
1. Komponen Teras:-
- Tadbir urus yang baik
- Nilai dan Etika

2. Komponen Asas:-
- Pentadbiran Pejabat
- Pengurusan Kewangan
- Pengurusan Organisasi dan Kepemimpinan
- Pembangunan Profesional Guru Berasaskan Sekolah
- Hubungan Sekolah dengan Komuniti
- Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum
- Pengurusan ICT
- Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Kaunseling

3. Komponen Tambahan:-
- Perancangan Strategik
- E-learning
- Pengurusan Kecergasan Diri
- Pembentangan Kumpulan

No comments: