Menghadiri taklimat mengenai Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah diadakan di Taiping Golf Resort. Taklimat bermula pada hari Isnin12.12.2011 mulai jam 8.00 pagi. Taklimat berakhir pada hari se;asa 13.12.2011 jam 4.30 petang. Ini bermakna taklimat ini dijalankan selama dua hari, Isnin dan Selasa. Malas hendaklah ulang-alik dari rumah ke tempat taklimat yang jaraknya lebih kurang 80 km sehala, maka telah ambil keputusan bermalam di Taiping Gplf Resort.

Penunjuk arah kalau ingin ke Taiping Golf Resort.

Bangunan yang begitu gagah. Terletak di tepi bukit bukau yang masih mengekalkan keindahan nya.

Bilik tidur yang begitu selesa. Tambahan pula kalau berada menghala ke padang golf, akan menampakkan keindahan semulajadi di tempat ini.

Dewan persidangan yang agak besar. Menpunyai pasarana yang kondusif. Air-Cond yang sungguh nyaman. Sistem pembesar suara yang canggih.

Dewan makan yang agak besar. Selesa terutama kepada semua peserta yang mengikuti taklimat tersebut. Bersebelahan dengan kolam mandi dan padanmg golf yang menjanjikan pemandangan yang menyejukkan mata.

Kolam mandi yang bersih. Airnya sungguh jernih. Sesuai untuk kita berendam terutama pada waktu petang.
No comments:
Post a Comment