Tuesday, August 6, 2013

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG (OLAHRAGA) DI SEKOLAH

PENGENALAN
Buku Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang (Olahraga) di sekolah ini disediakan sebagai panduan kepada pihak sekolah untuk mengendalikan Kejohanan Balapan dan Padang di Sekolah. Kandungan Buku Garis panduan ini terbahagi kepada enam bahagian iaitu pendahuluan, peraturan pertandingan, Jawatankuasa-Jawatankuasa kecil, teknikal pertandingan, sukan tara dan lampiran. Bahagian pengenalan memperkenalkan serba sedikit mengenai olahraga dan strukur sukan di peringkat sekolah. Bahagian peraturan pertandingan pula menyatakan tentang peraturan balapan dan padang yang digunapakai dalam kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Bahagian jawatankuasajawatankuasa kecil pula memperincikan peranan setiap jawatankuasa yang ditubuhkan bagi
mengendalikan kejohanan olahraga sekolah.

Bahagian teknikal pertandingan menerangkan acara-acara yang dicadangkan bagi sekolah redah dan menengah, bilangan pegawai teknik dan pembantu pegawai teknik, peralata dan ukuran balapan serta sektor padang. Bahagian sukan tara pula menerangkan bagaimana contoh sukan tara dijalankan di sekolah sebelum kejohanan sebenar dijalankan.

Bersama buku Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang (Olahraga) di Sekolah
ini di sertakan bersama lampiran-lampiran yang boleh digunakan sebagai rujukan bagi acara balapan (150 meter, 200 meter, 300 meter dan 400 meter) dan sektor acara padang. Contoh contoh surat, borang-borang kejohanan serta pengisian majlis pembukaan dan penutupan rasmi kejohanan.

Semoga buku Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang (Olahraga) di Sekolah ini dapat membantu para guru menjalankan Kejohanan Balapan dan Padang di sekolah dengan lebih berkesan. Walaupun bagaimanapun, buku ini hanya sebagai panduan sahaja. Pihak sekolah khasnya guru boleh mengunakan daya kreativiti dan daya usaha masing-masing berdasarkan persekitaran dan kesesuaiannya.

PENDAHULUAN
Olahraga merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga berasal daripada perkataan Greek athlos yang bermaksud “bertanding”. Olahraga boleh dibahagikan kepada acara balapan dan acara padang.

Acara balapan terdiri daripada acara pecut (100 m, 200 m dan 400 m) acara jarak sederhana (800 m, 1500 m, 3000 m, dan 3000 m berhalangan), acara jarak jauh (5000 m dan 10 000 m), lari berpagar wanita (100 m), lari berpagar lelaki (110 m), lari berpagar lelaki dan perempuan (400 m), dan lari berganti-ganti (4 X 100 m, 4 X 200 m, dan 4 X 400 m).

Acara padang terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah dan lompat kijang) dan acara balingan (melontar peluru, merejam lembing, melempar cakera dan membaling tukul besi).

Acara-acara lain pula ialah berjalan kaki (5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan sebagainya), acara separa maraton (21.0975 kilometer), maraton (42.195 kilometer), heptatlon (7 acara untuk wanita) dan dekatlon (10 acara untuk lelaki).

Kejohanan olahraga sekolah merubahkan satu aktiviti sukan yang penting dalam kalendar sekolah dan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Setiap sekolah perlu berusaha membangunkan dan membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan warga sekolah agar institusi sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penglibatan murid dalam sukan dapat memupuk semangat kerjasama, patriotik dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1989,  menegaskan bahawa penyertaan murid dalam kegiatan sukan diwajibkan. Setiap murid perlu mengambil bahagian sekurangkurangnya dalam satu jenis permainan atau olahraga. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu memperkemas perancangan dan pengurusan sukan di sekolah agar minat dan penyertaan murid dalam kegiatan sukan dapat ditingkatkan.

STRUKTUR SUKAN DI SEKOLAH
Setiap sekolah mesti mewujudkan budaya dan struktur sukan pada peringkat sekolah. Struktur sukan di sekolah adalah seperti berikut:
• Mengadakan/Menubuhkan majlis sukan sekolah. (Rujuk Lampiran 2 untuk cadangan struktur organisasi).
• Pasukan-pasukan rumah sukan (4 hingga 6 pasukan). (Rujuk Lampiran 3 untuk cara-cara mengagihkan pasukan rumah).
• Memasukkan semua program sukan dalam takwim sekolah.
• Sekiranya padang sekolah digunakan untuk mengadakan sukan sekolah, gelanggang pertandingan yang mengandungi balapan dan tempat pertandingan acara-acara padang hendaklah disiapkan lebih awal untuk memberikan peluang kepada murid-murid menjalani latihan yang cukup. Persediaan ini dibuat pada awal tahun persekolahan atau disediakan sebelum penggal sekolah dibuka. .

Peraturan Pertandingan
Setiap pertandingan yang akan dijalankan hendaklah dikawal oleh peraturan pertandingan.
Maklumat pertandingan mesti mempunyai perkara-perkara berikut:
• Nama, tarikh dan tempat pertandingan/kejohanan.
• Kategori dan acara-acara yang dipertandingkan (timbangan alatan, ukuran dan jarak).
• Syarat-syarat penyertaan.
• Nombor peserta.
• Atur cara.
• Jadual pertandingan.

No comments: