Saturday, August 17, 2013

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG (OLAHRAGA) DI SEKOLAH - 2

JAWATANKUASA KECIL (JKK) YANG PERLU DIWUJUDKAN.
(Cadangan ini bergantung pada kesesuaian dan keperluan)
• Urus setia (3 orang).
• JKK Pertandingan dan Perangkaan (4 orang).
• JKK Teknik dan Peralatan (4 orang).
• JKK Kepegawaian (3 orang).
• JKK Kewangan dan Iklan (3 orang jika diperlukan).
• JKK Jemputan dan Sambutan (5 orang jika diperlukan).
• JKK Perasmian dan Penutupan (5 orang jika diperlukan).
• JKK Hiasan, Kebersihan dan Keceriaan (4 orang).
• JKK Pertolongan Cemas (2 orang).
• JKK Dokumentasi, Rakaman, Siar Raya dan Publisiti. (4 orang jika diperlukan).
• JKK Kawalan, Keselamatan dan Lalu Lintas (5 orang).
• JKK Hadiah, Sijil dan Cenderamata (5 orang).
• JKK Buku Cenderamata/Program (3 orang).
• JKK Minuman Pegawai/Pembantu Teknik dan Jamuan VIP (4 orang).
• JKK Lain mengikut keperluan seperti JKK Pengangkutan, Penginapan Atlet, Pegawai dan
sebagainya.

URUS SETIA
Tanggungjawab urus setia ialah:
• Mengurus surat pelantikan anggota jawatankuasa pengelola kejohanan.
• Mengurus surat-menyurat kepada pihak-pihak tertentu.
• Mengurus dan memanggil mesyuarat jawatankuasa pengelola.
• Mengedarkan segala maklumat mengenai kejohanan kepada semua yang berkenaan.
• Mengurus serta mengendalikan mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.
• Memohon tempahan kegunaan stadium/venue untuk kejohanan.
• Mengurus pesanan hadiah dan cenderamata.
• Menyediakan peralatan am selain peralatan teknikal.
• Mengurus dan menyediakan anggaran perbelanjaan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa
Pengelola.
• Memanggil mesyuarat post-mortem selepas kejohanan.
• Mengurus dan melaksanakan segala ketetapan jawatankuasa pengelola.
• Menyelaraskan tugas-tugas JKK yang lain.

JKK PERTANDINGAN DAN PERANGKAAN
Tanggungjawab JKK Pertandingan dan Perangkaan dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu:
(a) SEBELUM PERTANDINGAN
(i) Menyemak dan mendapatkan pengesahan daripada urus setia mengenai peraturanperaturan
kejohanan.

(ii) Menyusun atur cara pertandingan:
• tarikh
• nombor acara
• masa
• acara
• bahagian umur
• peringkat pertandingan

(iii) Pengurusan rekod:
• Kejohanan
• Borang pendaftaran
• Borang pertandingan
• Buku pertandingan

(iv) Taklimat penyelarasan
• Memberikan taklimat dan penyelarasan tugas kerja kepada jawatankuasa
pertandingan.

(v) Merekodkan borang pendaftaran:
• Memproses
• Menyemak
• Mengasingkan mengikut acara dan peringkat umur
• Menetapkan nombor peserta

(vi) Melaksanakan mesyuarat pengundian lorong:
• menentukan tempat
• acara
• menyediakan bahan-bahan undian
• alatan
(20 hari sebelum kejohanan)

(vii) Menyediakan buku rasmi pertandingan:
• nombor acara
• nama acara
• waktu
• ukuran alatan
• kedudukan lorong
• bilangan peserta pertandingan
• rekod-rekod kejohanan (sekolah/zon/daerah/negeri/kebangsaan)
(Catatkan masa, jarak, pemegang rekod, zon, tempat dan tahun rekod dicipta)

(viii) Mendapatkan semua borang teknikal acara padang dan memasukkan semua peserta
yang mengambil bahagian mengikut acara/kategori sebelum menyerahkannya
kepada ketua bilik panggilan/penyelia peserta semasa pertandingan.

(ix) Memberi taklimat penyelarasan tugas bersama dengan jawatankuasa kecil:
• JKK Kepegawaian
• JKK Hadiah
• JKK Kemudahan Padang/Stadium
• Jawatankuasa-jawatankuasa lain yang berkaitan pada masa yang sesuai sebelum
kejohanan.

(x) Pengurusan tempat pertandingan:
• menentukan dan menyesuaikan kemudahan di tempat pertandingan untuk
melicinkan perjalanan pertandingan.
• masa.
• alatan dan bahan-bahan mengenai pertandingan untuk mesyuarat penguruspengurus
pasukan.

(b) SEMASA KEJOHANAN
(i) Menyediakan buku peserta
• susunan acara dan diserahkan kepada ketua bilik panggilan/penyelia peserta

(ii) Pengurusan keputusan pertandingan
• menerima
• mengeluarkan
• mengumpul
• menjilidkan
(mengikut sesi dan hari dengan secukupnya dan mengedarkannya kepada
pengurus-pengurus pasukan, bilik seranta, akhbar dan untuk simpanan)

(iii) Mengemas kini maklumat-maklumat berikut dari semasa ke semasa dan
mengeluarkannya pada setiap akhir sesi/hari:
• analisis pungutan pingat mengikut kategori/keseluruhan
• analisis peserta yang telah memecahkan dan menyamai rekod-rekod kejohanan
sekolah/negeri/kebangsaan
• calon peserta terbaik bagi tiap kumpulan umur
• calon peserta terbaik keseluruhan
• calon kategori yang lain

(iv) Pengurusan keputusan
• Mengedarkan naskhah buku atau CD-ROM keputusan rasmi lengkap kepada
pengurus pasukan semasa penutupan rasmi.

(c) SELEPAS KEJOHANAN
(i) Mengumpulkan keputusan-keputusan lengkap dan menyerahkan kepada urus setia
induk bagi penyediaan laporan tidak lewat daripada 1 minggu selepas kejohanan.

(ii) Mengemaskan dan memulangkan peralatan yang berkenaan.

(iii) Mengemas kini rekod kejohanan.

(iv) Tugas-tugas lain.

JKK TEKNIK DAN PERALATAN
(a) SEBELUM KEJOHANAN
(i) Peralatan:
• menyemak, menentukan ukuran, berat dan alat di stor sukan/stadium berada
dalam keadaan baik, selamat digunakan dan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan (Rujuk peraturan pertandingan)
• menyenaraikan dan mendapatkan peralatan sekiranya berlaku kekurangan/
kerosakan
• menyusun, menempatkan, menyenaraikan peralatan yang akan digunakan
mengikut susunan acara tiga hari sebelum pertandingan dijalankan
• mengesahkan alatan persendirian peserta (sekiranya ada) seperti blok permulaan
dan lombol bergalah mengikut piawaian pertandingan (atas permintaan)

(ii) Menyediakan pelan trek/staggers, gelanggang yang akan digunakan dan penerangan
diberikan semasa taklimat pengurus pasukan.

(iii) Menyediakan dan melatih 40-60 orang murid (mengikut keperluan kejohanan)
sebagai quarter master bagi membantu jawatankuasa ini mengikut giliran yang telah
ditetapkan.

(iv) Mendapatkan, menyemak dan memastikan bahawa borang-borang teknikal yang
diperlukan cukup.

(b) SEMASA KEJOHANAN
(i) Peralatan:
• mengeluarkan, menyediakan peralatan dan gelanggang yang akan digunakan
mengikut susunan acara dan menyimpan peralatan semula. Wujudkan sistem
keluar/masuk alatan
• mengadakan score board untuk semua acara padang

(ii) Menyediakan atau membuat semakan tempat bagi acara balapan dan padang serta
menandakan kedudukan rekod-rekod kejohanan sekolah/negeri/kebangsaan/
ASEAN dan sebagainya.

(iii) Berhubung rapat dengan jawatankuasa pertandingan, pengurus kejohanan, pengurus
teknik, referi-referi balapan, padang dan luar stadium bagi menentukan semua arena
pertandingan disediakan dengan baik serta diterima sebagai satu kejohanan yang
dijalankan mengikut peraturan-peraturan pertandingan.

(iv) Tugas-tugas lain yang berkaitan dan bertanggungjawab terhadap hal-hal teknik yang
lain.

(c) SELEPAS KEJOHANAN
(i) Memastikan bahawa semua alatan yang digunakan sama ada dipinjam atau peralatan
stadium telah diurus pemulangannya.

(ii) Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.

JKK KEPEGAWAIAN
(a) Mengenal pasti pegawai-pegawai teknikal yang bertauliah untuk lantikan pegawai
kejohanan.

(b) Menentukan bilangan pegawai untuk kejohanan.

(c) Mengurus surat lantikan dan mendapatkan pengesahan bertulis daripada pegawai-pegawai
petugas yang dicadangkan (selaras dengan urus setia).

(d) Menghubungi jawatankuasa penginapan untuk mengurus tempat penginapan pegawai
(jika diperlukan).

(e) Mengagihkan tugas pegawai, ketua kumpulan, jadual tugas dan giliran tugas.

(f) Menyediakan jadual kedatangan pegawai-pegawai bertugas.

(g) Membuat pendaftaran tentang kehadiran pegawai-pegawai dan menjaga kebajikan mereka
serta merekodkan jumlah sebenar hari bertugas setiap pegawai dalam kejohanan ini.

(h) Memastikan bahawa pegawai-pegawai yang bertugas memakai pakaian yang kemas
sebagaimana yang diperlukan.

(i) Mengadakan taklimat pegawai sehari sebelum kejohanan bermula.

No comments: