Wednesday, April 8, 2015

PENTADBIRAN YANG TERATUR DAN BERSISTEM

Allah s.w.t. mentafsirkan alam semesta ini dengan teratur dan cukup sistematik. Matahari, bulan dan segala cakerawala beredar di garisan masing-masing dengan tunduk mematuhi segala ketetapan yang telah ditentukan. Tiap-tiap sesuatu yang terjadi di alam ini telah Allah tentukan peraturannya. Setiap yang bergerak dan yang tidak bergerak tertakluk dan tunduk kepada peraturan dan sistem Alah Yang Maha Mengatur.

Allah telah berfirman yang bermaksud:-
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
(as-Saff: 4)

Begitu juga melalui firman Allah yang bermaksud:-
"Engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"
(al-Mulk: 3)

Manusia seharusnya mengambil iktibar di atas perkara ini. Sesuatu yang dilakukan dengan secara tidak teratur dan bersistem akan menyebabkan keadaan yang tidak tentu arah atau tidak berketentuan. Dalam menghadapi tugas sehari-hari, kerja yang dijalankan secara tidak teratur dan bersistem akan menyebabkan kelewatan dalam proses kerja, perbelanjaan yang tinggi, hasil kerja yang kurang bermutu dan produktiviti yang rendah.

Kalau kita renungkan kembali, terutama kisah-kisah silam yang telah menjadi sejarah, pasti banyak kisah yang berkaitan dengan peraturan. Bencana yang menimpa tentera muslimin dalam peperangan Uhud umpamanya adalah kerana sebahagian daripada mereka iaitu tentera yang telah engkar dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w. Di sini jelas bahawa apabila peraturan yang ditetapkan atau arahan yang telah diberi itu diengkari maka bencana akan pasti menimpa. Sekiranya mereka telah mematuhi peraturan atau arahan dari Rasulullah, insya-Allah mereka akan mencapai kemenangan dan bukannya kekalahan yang menimpa.

Dalam pentadbiran sesebuah organisasi juga, peraturan atau arahan ketua jabatan mestilah dipatuhi. Setiap peraturan atau arahan itu akan menjadi panduan kepada setiap anggota ketika mereka melaksanakan tugas masing-masing. Peraturan atau arahan yang dikeluarkan akan memudahkan kita melaksanakan setiap kerja di dalam sesebuah organisasi. Ini dapat dilihat dalam sesebuah organisasi itu mesti mempunyai panduan dan peraturan.

Setiap pekerja sesebuah organisasi itu pastinya mempunyai fail meja dan fail menual kerja. Kedua-dua fail ini menjadi panduan yang amat berguna ketika menjalankan tugas. Di dalam fail-fail berkenaan ada disediakan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi melaksanakan sesuatu tugas.

1 comment:

Radhia said...

Thanks sis, singgah blog saya..saya dah follow blog sis..hope sis follow blog saya balik..
https://penselduabee.blogspot.com