Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

HAMPIR O.5 JUTA CALON UPSR TAHUN 2013



Kalau mengikut Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berakhir pada tahun 2015. Ini bermakna murid sekolah rendah Tahun Empat tahun 2013 adalah calon-calon terakhir bagi UPSR. Pada tahun 2016, PBS akan mengambil peranan dalam pengujian murid-murid sekolah rendah.
Pada tahun ini 2013, hampir 0.5 juta calon UPSR yang menduduki ujian tersebut. Ini dapat dilihat bahawa terdapat seramai 478,848 orang murid Tahun Enam akan menduduki UPSR yang bermula 10 september 2013 hingga 12 September 2013. Jumalah calon dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan ialah 469,882 orang. Manakala 8,966 orang calon pula dari sekolah swasta.

Kepada semua calon UPSR bagi tahun 2013 ini diucapkan selamat menduduki UPSR. Bacalah soalan dan fahamkanlah kehendak soalan. Jawablah soalan tersebut dengan tenang. Insya-Allah kejayaan akan dapat dikecapi setelah kita berusaha. Seterusnya kita perlu berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Berusaha, berdoa dan bertawakal adalah amalan yang boleh membuah kejayaan dalam kehidupan kita.


Wednesday, October 3, 2012

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Bidang akademik terdiri daripada:-
1. Pentaksiran Sekolah (PS) dan
2. Pentaksiran Pusat (PP),
manakala bidang bukan akademik terdiri daripada:-
1. Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Oleh itu, PBS yang dilakukan di sekolah rendah adalah merangkumi:-
1. Pentaksiran Sekolah (PS),
2. Pentaksiran Pusat (PP),
3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan
4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Keempat-empat jenis pentaksiran di atas adalah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

1. Pentaksiran Sekolah (PS):-
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan.
a) Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
b) Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

2. Pentaksiran Pusat (PP):-
Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

3. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK):-
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum.

4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi):-
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan
masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Monday, September 10, 2012

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

Tup tap tup tap sok udah 11 aghibulan sembilan weh. Sok mengkomer yang neghader di Tawon enam akan ngambek UPSR. Enam tawon mengkomer ngaji kat skolah ghendah, sok ler yang nentukan hei mengkomer. Camaner pon mengkomer teman ghaser udah pon bersedia nak ngadap UPSR tuh. Teman nengok mak bapak mengkomer ajer yang pucat muker ghisor pasei mengkomer nak UPSR. Gitu juger ngan cekgu-cekgu mengkomer juger ngelabah ngan mengkomer nih.

Aper-aper hei pon sok ler tughunkan setiap ilmu yang mengkomer dapat. Sok ler mengkomer terjemahkan kat dalam keghoteh jawapannyer. Pastuh dua bulan lagi bihkughang aper yang mengkomer terjemahkantuh akan jadi kenyataan biler keputusan UPSR akan kluor. Maser nih baghu mengkomer nampak berpeloh belaker. Kerjap-kejap nak kayor. Kejap-kejap nak kayor.

Skang masernyer mengkomer banyakkan berdoa. Banyakkan semayang hajat. Banyakkan bertawakkal. Nak usaha ngan macer buku teman ghaser udah suntok bebenor. Pader teman, watper mengkomer ngelabah idak tentu kigher nih. Ituler dedulu sughoh belajor mengkomer tak sior. Ini ler padernyer. Aper-aper pon, teman ngucapkan "Selamat Menempoh UPSR 2012" kepader sesaper daghi mengkomer yang beghader di Tawon Enam tawon 2012 nih.