Showing posts with label guru dan masyarakat. Show all posts
Showing posts with label guru dan masyarakat. Show all posts

Tuesday, May 30, 2017

ACU.... MINTAK MAAF LERRRRRRR

Suatu pagi di opeh teman. Tengah teman nyiapkan lapoghan berkaitan kehadighan mughid-mughid tetiba nengor bunyi pintu diketok. Teman otomatik mandang ke aghah pintu dan ternampak cikgu Sofia (bukan namer sebenor) bersamer-samer soghang mughid lelaki. Teman teghus ngamit cikgu Sofia untuk masuk. Cikgu Sofia nolak pintu untok masuk sambil menyaper teman dengan ucapan salam. Teman menjawab salam dan teghuih nyempot duduk.

Gambar Hiasan

Cikgu Sofia menunjukkan sebuah buku catatan yang memang disediakan oleh pihak pentadbir untok catatan gughu-gughu. Buku itu dinamakan "Buku Kawalan Kelas". Di dalam akan dicatat seaneker kesalahan mughid oleh gughu-gughu yang masuk mengajor ke kelas itu. Ini bermakna sememer kelas ada buku tersebot. Dalam buku itu akan dicatat kesalahan dan tindakan yang diambil oleh gughu. Gughu adalah tidak dibenorkan meghotan. Bilamanyak bebenor (lebih daghi tiga kali) seseoghang mughid lakukan kesalahan mughid itu akan dibawa nyumper teman.

Gambar Hiasan

Teman bedek-bedek buku kawalan kelas tersebut dan nampaknya mughid yang dibawa oleh Cikgu Sofia nyumper teman ni udak lebih tiga kali idak nyiapkan keghojer ghomah. Teman bertanyer mughid itu naper idak nyiapkan keghojer ghomah yang dibeghi oleh gughu. Memacam alasan yang dibeghi. Teman pon ngeluor buku kawalan kelas yang teman punyer. Dalam buku itu ada manyak kali namer mughid ini dibawa nyumper teman. Manyak kali mughid ini teman ghotan. Teman beghitawu Cikgu Sofia mintak keghani hubungi ayah ato mak mughid ini.

Teman manggil Cikgu Abu Bakar (bukan namer sebenor). Cikgu Abu Bakar ialah Guru Penolong Kanan. Cikgu Abu Bakar akan jadi saksi yang teman nak ghotan mughid ini ateh kesalahan idak nyiapkan keghojer ghomah. Jadi, teman pon ghotan tapak tangan kighi mughid ini semanyak tiga kali. Ghotan pon bukan kuat pon tapi ghotan juger untok jadi pengajaghan. Setelah selesai, Cikgu Sofia mawak mughid itu masok ke keleh semula sambe mengucapkan teghimer kaseh dan janji akan hubungi keluarger mughid ini segegher. Teman ngucapkan teghimer kaseh pader Cikgu Abu Bakar. Disebabkan Cikgu Abu Bakar tiader keleh maser tu jadi teman ambil sedikit maser untok mincang he mughid-mughid sekolah ini.

Gambar Hiasan

Mughid-mughid udah hamper sejam balek ke ghomah. Tetiba teman nengor rioh kat luor bilik teman. Teman nampak melalui dinding ceghomin mughid yang teman ghotan tadi ader samer-samer dengan seoghang lelaki dewaser. Teman nengor lelaki itu maghah-maghah mintak nak nyumper teman. Teman mukak pintu bilik teman dan nyempot lelaki itu masuk. Teman nyughoh dier dudok tapi idak ndaknyer. Memacam perkataan kluor maghahkan teman sebab ghotan tangan anaknyer sampei berdaghah katernyer. Teman pon terkejot jugak sebab dier kater tangan anaknyer berdaghah kener ghotan.

Gambar Hiasan

Teman bedek tangan anaknyer. Memang berdaghah tapak tangan budak tu. Tapi yang heghannyer tapak tangan kanan yang berdaghah. Teman ngabor kat bapak budak tuh yang teman ghotan tapak tangan kighi sambe nunjuk buku kawalan keleh yang ader pader teman. Boleh bapak budak tu nyawab dier pon boleh buat ghotan kat kanan tuleh ghotan kat kighi. Teman mangge Cikgu Abu Bakar yang masih belum pulang untok jadi saksi camaner yang tertuleh dalam buku kawalan keleh itu. Bapak budak tu boleh kater kalo dier pon boleh caghi saksi. Nampak gayernyer bapak budak ini memang nak nyalahkan teman sebab ghotan anaknyer sampe berdaghah.

Teman udah nak gegham tapi teman sabor lagi. Teman pon nanyer kat bapak budak itu nak anak sekolah ker? Bapak budak itu teghuih nawab mestiler bukan nak jadi anaknyer bodo. Teman baleh, kalo gitu dekat sekolah ni ada tige buah sekolah lagi boleh pilih nak sekolah maner yang sesuei dengannyer. Bapak budak tu nawab buat anto jauh, die dudok depan sekolah nih ajer. Teman teghuieh nawab itu lagi senang sebab nak sekolah sini tapi tak senang dengan teman, miker boleh pegi ke JPN mintak tukorkan teman dan mintak gantikan teman dengan yang lebih baik.

Gambar Hiasan

Bapak budak itu lagi maghah dan maki memacam lagi kat teman. Teman buat nohen ajer. Bapak budak itu naghek anaknyer kluor dan beghi amaghan nak ghepot poleh. Nak jadi ceghiter, maser die nak kluor pago sekolah terseghempak bapak budak ni dengan ketua kampong. Ketua kampong nanyer kat bapak budak ni  ngapa maghah semacam ajer. Bapak budak tuh ceghiter kat ketua kampong yang die maghah pader teman sebab ghotan tangan anaknyer sampe berdaghah. Ketua kampong tu kater kat bapak budak tu, budak ini ler jatuh beskal depan ghomah die tadi. Memang tangannyer berdaghah sebab kener gareh dgan pemegang berek beskal die. Tengok tapak tangan anak kamu berdaghah luker memanjang kener berek beskal. Bapak budak itu senyap dan teghuieh mawak anaknyer balik ke ghomah. Ketua kampong yang memang nak nyumper teman ceghiter pader teman mender nih. Teman kater biorler die nak ghepot poleh. Bior die pueh ati.

Gambar Hiasan

Jam udah pukui empat setengah petang. Teman ngemeh-ngemeh baghang-ngahang teman ateh mejer. Sebelum balik ghomaj teman nak cek keliling sekolah nak pastikan keselamatan terjamin. Lagi pon ader program WAYS daghi pihak atesan. WAYS itu untok mengkomer tawu ieler sengkatan Walk Around Your School. Baguis jugak program nih sekughang-kughangnyer boleh jager kesihatan biler berjalan keliling sekolah. Dapat jugak ngeluorkan peloh.

Tetiber keghani sekolah ngabor bapak budak tadi nak nyumper. Kali ini ader plak  mawak isteghinyer. Teman nyughoh die masuk. Biler masuk ajer tetiba isteghinyer nangis sambe cakap "ACU...... MINTAK MAAF LERRRRR". Kami udak tawo anak kami jatoh beskal dan tapak tangannyer berdaghah. Bapak budak itu jugak mintak maaf sambe nangis melok teman......

Sunday, October 12, 2014

ABANG SUDIN..... DUA POSEN........

Sebelum Hari Raya Aidil Adha tahun ini 2014M (1435H), ramai orang terkejut apabila harga minyak dikurangkan subsidinya sebanyak dua puluh sen. Maka pada malam tersebut berbarislah kereta di setiap stesen minyak. Memang memacam jenis kereta yang nak isi minyak. Pada hal sebelum ini pun tidak dihirau pun pasal mengisi minyak. Malam itu, pasal dua puluh sen sanggup berbaris.

Memacam tanggapan orang pasal minyak naik harga. Ada yang kata subsidi dikurangkanlah. Mengapa mesti naik sedangkan harga minyak dunia turunlah. Apa nak heran naik 20 sen, gaji pun sudah naiklah. Naik kereta kene beli minyak, naik basikal tak payah isi minyaklah. Minyak naik mesti barang lain akan naiklah. Minyak naik tak beri kesan pada barang lainlah. Ntah, memacam lagi yang didengar.

Minyak naik harga memang memacam reaksi dari masyarakat.Reaksinya lebih kurang sama sajer. Masyarakat akan berdepan dengan kenaikan harga barangan keperluan. Masyarakat akan berdepan dengan kenaikan harga tambang pengangkutan terutama yang ramai anak bersekolah. Begitu juga yang pergi kerja naik bas atau pun teksi. Semuanya memberi kesan kepada masyarakat.

Golongan guru juga akan menanggung kesan minyak naik. Ramai guru yang tinggal jauh dari sekolah tempat mereka mengajar. Kesan pada guru agak lebih teruk kerana mereka gunakan kenderaan sendiri untuk ke sekolah. Bukan itu saja, guru juga akan menggunakan kenderaan sendiri untuk kemana-mana tugas seperti mana diarahkan seperti membawa murid ke hospital, sukan dan memacam lagi.

Bagi jabatan-jabatan lain, mereka akan menggunakan kenderaan jabatan masing-masing apabila ada tugas di luar. Tidak pernah wujud guru kan menggunakan kenderaan jabatan untuk membawa muridnya mengikuti kegiatan di luar sekolah. Sekali lagi beban terhadap guru akan gunakan kenderaan sendiri dan pastinya akan mengisi minyak dengan duit poket sendiri.

Kalau nak dikira, terlalu sedikit guru yang menetap berhampiran dengan sekolah tempat mereka mengajar. Begitu juga dengan kuarters guru, bukan semua sekolah ada. Bilangan pun tidak mencukupi. Dengan kenaikan harga minyak ini maka akan bertambahlah duit poket di stesen minyak. Kalau tidak tak bergeraklah kereta mereka. Nak tumpang kawan, kerja guru bukan macam pejabat boleh keluar pada waktu-waktu yang ditetapkan.

Disebabkan tempat penginapan jauh, ada guru terpaksa memandu ke sekolah dengan jarak yang jauh. Terutama yang mengajar di luar bandar yang terdapat guru terpaksa memandu lebih daripada 150 km sehari. Bagi guru yang mengajar di bandar pula akan berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya. Jalan raya yang sesak serta perjalanan yang jauh turut terkesan bila minyak naik harga.

Bagi guru yang bertugas jauh di pedalaman juga terjejas. Tambahan pula bila terpaksa menggunakan generator sendiri untuk bekalan eletrik. Apakah boleh kita berkata kepada mereka, tak payahlah guna generatorlah, guna lampu minyak tanah saja? Sudahlah mereka bertugas nun jauh di pedalaman yang sukar dihubungi, lepas itu pula hendak biarkan mereka tanpa kemudahan-kemudahan yang sepatutnya mereka kecapi?

Ramai yang berkata minyak naik, tidak akan jejas keikhlasan guru. Namun, cuba lihat, kenaikan harga minyak akan memberi tempias tidak kira sesiapa sahaja. Semua masyarakat terutama golongan rendah dan pertengahan akan menerima kesannya. Jadi, ikhlaskah guru apabila turun terkesan dengan kenaikan harga minyak? Kalau ikhlas pun sampai kategori mana keikhlasan guru tersebut?

Bagi guru, walau sejauh mana pun rumah mereka dengan tempat merejka mengajar, mereka perlu sampai. Guru juga ada perakam waktu. Tambahan pula ada pentadbir sekolah yang menetapkan mesti sampai selewat-lewatnya pukul 7 pagi. Balik pula bukan boleh bila murid balik, guru pun baik. Tambahan pula ada kegiatan kokurikulum dan aktiviti satu murid satu sukan.