Monday, September 6, 2010

COLABORATIVE ORGANISATION 2010


PROGRAM CO (MODEL COLABORATIVE ORGANISATION) 2010

DEFINISI:-
Model CO bermaksud program yang mewujudkan suasana berpasukan dan perkongsian pintar dalam melaksanakan program peringkat sekolah atau kelompok.

LATAR BELAKANG:-
Pada 15 hingga 19 April 2006, semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Perak Tengah telah diberi pendedahan tentang konsep "Kepimpinan Instruksional" oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua Pengetua dan Guru Besar terlibat secara langsung dalam projek rintis Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melaksanakan konsep tersebut.

Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah bertindak sebagai pemantau pelaksanaan di semua sekolah. Bagi merealisasikan konsep tersebut, Model CO dilaksanakan di Perak Tengah. Pada tahun 2010, Unit Pengurusan Kurikulum, Jabatan Pelajaran Perak mengambil inisiatif untuk memperluaskan program ini ke seluruh daerah di negeri Perak.

RASIONAL:-
1. Sekumpulan sekolah yang berada dalam lingkungan15 km di kawasan Sungai Siput (U).
2. Dua sekolah daripada kumpulan tersebut merupakan penyumbang kepada prestasi 5A peperiksaan UPSR daerah Kuala Kangsar.
3. Permuafakatan menjadi kepada pemangkin sekolah-sekolah sekumpulan untuk mencapai kecemerlangan pendidikan daerah Kuala Kangsar.


TUJUAN:-
1. Meningkatkan pencapaian UPSR dengan 30% pelajar mendapat 5A berdasarkan calon sekolah masing-masing.
2. Mengurangkan kadar kegagalan ke paras minima.
3. 80% murid lulus dalam semua mata pelajaran UPSR.

OBJEKTIF:-
1. Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama warga pendidik sekolah dari segi pentadbiran, kecemerlangan guru dan pelajar dan hubungan dengan masyarakat.
2. Mengeratkan hubungan silaturahim antara warga pendidik dalam kumpulan CO dan pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah.
3. Meningkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar-pelajar dalam kumpulan CO.

KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH:-
1. 12 buah sekolah dari setiap daerah yang berada dalam satu kelompok.
2. Sekolah Kebangsaan.
3. Pencapaian UPSR perlu dipertingkatkan.


SENARAI SEKOLAH:-
(Kelompok Sungai Siput (U) )
1. Sekolah Kebangsaan Temin
2. Sekolah Kebangsaan Sungai Siput
3. Sekolah Kebangsaan Trosor
4. Sekolah Kebangsaan Jalong
5. Sekolah Kebangsaan Seroli
6. Sekolah Kebangsaan Perlop 1
7. Sekolah Kebangsaan Methodist
8. Sekolah Kebangsaan Lasah
9. Sekolah Kebangsaan RKT Lasah
10. Sekolah Kebangsaan Lintang
11. Sekolah Kebangsaan Kampung Muhibbah
12. Sekolah Kebangsaan Kampung Maamor

JAWATANKUASA:-

PENAUNG
Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar

PENASIHAT
Penolong PPD Pengurusan Akademik
Penolong PPD Sekolah Rendah

PEGAWAI MEJA
Pegawai Khas Akademik Prasekolah

PENGERUSI
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Lintang

NAIB PENGERUSI
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seroli

SETIAUSAHA

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Lasah

BENDAHARI

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Temin

AHLI JAWATANKUASA
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Trosor
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan RKT Lasah
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kampung Muhibbah
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Jalong
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Perlop 1
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kampung Maamor
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Siput
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Methodist


VISI:-
Sekolah-Sekolah Co Sungai Siput (U) cemerlang pada tahun 2012

MISI:-
Sekolah-Sekolah CO Sungai Siput (U) komited untuk sentiasa bermuafakat dan proaktif
1. Mengoptimumkan kepakaran guru untuk P & P berkualiti
2. Mewujudkan perkongsian idea dan aktiviti secara kolektif dalam usaha melahirkan kecemerlangan

FOKUS KECEMERLANGAN:-
1. Kecemerlangan Akademik UPSR
2. Kecemerlangan Sahsiah dan Kepimpinan Instruksional
3. Kecemerlangan P & P berkualiti
4. Perkongsian ilmu antara semua Guru Besar dan Pembantu Tadbir
5. Permuafakatan PIBG

PENETAPAN TARGET:-
Mesyuarat Jawatankuasa CO Sungai Siput (U) bersetuju menetapkan semua sekolah ahli berusaha ke arah pencapaian berikut:-
1. Pencapaian 5A sebanyak 30% daripada calon
2. Meminimakan calon yang gagal

No comments: