![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSmPamWCqZ4xCb12r9qA13RUdAiTPUedHKQ552QU9oKypJAePgAagEowqMfMHRsFVz6g3kIKniSYm4Xi5zZzTLzx0AVeN7tBNkOS_doY7vCBeIfH2etO83PMI01-d4kKgN2uHaA7pGx4c/s400/PRK_main.jpg)
CADANGAN Kementerian Kesihatan yang mahu pihak sekolah menyediakan sarapan kepada murid sekolah adalah sangat baik. Ibu bapa murid hanya perlu membayar wang kepada pihak sekolah dan pelajar tidak perlu membawa wang seperti hari ini di mana pelajar bukan saja membeli makanan tidak berkhasiat tetapi ada yang membeli rokok dan cadangan ini juga dapat mengelak dari kejadian peras ugut. Bagi keluarga pelajar yang kurang mampu kerajaan boleh sediakan kupon seperti dalam rancangan pemakanan. Ibu bapa murid kaum Cina juga patut dicontohi kerana meluangkan masa menghantar makanan pada anak mereka pada waktu rehat. Ini dapat pastikan makanan sentiasa baru. Apa pun cadangan kementerian itu perlulah disegerakan dan janganlah hanya buat kenyataan saja. - AZIZIM
No comments:
Post a Comment