Sunday, April 10, 2011

PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) SARAWAK KE-10

Barisan Nasional (BN) telah mengumumkan 17 daripada 18 muka baru dalam 70 senarai calonnya yang bakal memikul cabaran parti itu untuk dipilih oleh 979,796 pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10, pada 16 April ini. Seorang lagi calon muka baru akan diumumkan kemudian iaitu calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba' Kelalan.

BN juga mengekalkan kuota 35 kerusi untuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 19 untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), 9 kerusi bagi Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan 8 kerusi untuk Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP). Kesemua parti politik yang bertanding bagi mewakili BN akur dengan pembahagian kerusi tersebut.

Apa yang amat menarik dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 ini ialah kesemua kerusi yang dipertandingkan ada terdapat perlawanan sekurang-kurangnya satu lawan satu. Satu lagi yang menarik perhatian semua rakyat Malaysia ialah tidak terdapat calon-calon dari BN yang menang tanpa bertanding seperti pilihan raya yang lepas.

Apa yang lebih menarik ialah calon Pakatan Rakyat di N15, DUN Muara Tuang, yang diwakili oleh PAS, Noraini Hamzah hampir memperolehi kemenangan tanpa bertanding apabila calon BN Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud gagal mengemukakan Penyata Kewangan pilihan raya tahun 2006, ketika menjadi calon BN ketika itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menolak bantahan yang telah dibuat oleh calon PAS. SPR telah diibaratkan sebagai pengadil bolasepak yang yang berat sebelah. Pengadil sepatutnya memberikan sepakan penalti di atas kekasaran yang dilakukan oleh pemain BN di kawasan D, tetapi meneruskan permainan sehinggalah pasukan BN dapat menyamakan jaringan dalam waktu tambahan yang melebihi waktu permainan sebenar oleh pengadil (SPR).

Beruntungnya BN, kerana dengan adanya SPR yang telah memihak kepadanya setiap kali apabila pilihan raya diadakan.

No comments: