Asal benang menjadi kain;
Yang lama mesti dikenang,
Jangan hilang berganti lain.
Kesan dari pengaruh budaya jelas terlihat pada kepelbagaian jenis busana dan pakaian tradisi masyarakat di Tanah Melayu ketika itu. Busana tradisi seperti pakaian Cik Siti Wan Kembang, Puteri Perak serta baju sikap adalah unsur budaya luar yang diadaptasi mengikut cita rasa, budaya setempat serta strada pemakainya.
Pakaian (busana) menjadi keperluan kepada setiap individu tanpa mengira status dan kedudukan. Busana diperlukan dalam setiap kegiatan hidup masyarakat, dari upacara rasmi sehingga kepada kegiatan harian. Setiap aktiviti akan menampilkan pemakaian busana yang berlainan bersesuaian dengan agenda. Baju kurung, kebaya labuh, kebaya pendek dan baju Kedah diperbuat dari kain biasa serta digayakan dengan kain sarung menjadi pakaian harian yang serba ringkas serta selesa penampilannya.
Masyarakat dahulu amat teliti apabila mengenakan sesuatu pakaian. Setiap individu perlu mengambil kira nilai-nilai agama dan budaya serta adat resam yang diamalkan sebelum mengenakan sesuatu pakaian.
Etika berpakaian sekali lagi berubah apabila menghadiri majlis yang diadakan di istana. Terdapat warna serta jenis kain yang hanya boleh oleh sultan serta kerabat dan pembesar istana sahaja. Garis panduan sebegini jelas diceriterakan di dalam sastera Melayu lama.
Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, pakaian masyarakat di negara ini dihasilkan dari pelbagai jenis tekstil sama ada keluaran tempatan atau pun dari luar negara seperti China, India dan Eropah. Pada ketika itu kain tenunan dan batik adalah tekstil yang paling popular. Perkembangan industri tekstil secara tidak langsung memberi ruang kepada pereka fesyen tempatan menghasilkan pelbagai rekaan busana. Busana tradisional yang dahulunya kelihatan labuh dan besar diubahsuai mengikut peredaran zaman.
Rekaan busana moden daripada tekstil tradisional dapat dihasilkan untuk kegunaan majlis formal dan kasual. Ia juga menerima sambutan hangat dari dalam dan luar negara.
No comments:
Post a Comment