Wednesday, October 5, 2011

AKTIVITI DALAM BILIK DARJAH (2)

SOALAN DAN JAWAPAN
Aktiviti kelas yang penting ini perlu dibincangkan dengan lebih meluas. Ini memandangkan aktiviti ini lebih berguna dan kerkesan, wajar juga ia disentuh. Kita dapat menganggarkan kedar pembelajaran apabila mendengar jawapan yang dikemukakan oleh pelajar.

Jawapan pelajar juga adalah maklum balas serta merta yang berkaitan topik yang baru dibincangkan ataupun boleh dianggap sebagai pengukur sebanyak mana ulang kaji diperlukan bagi topik yang sudah diajar pada awal kursus. Dalam setiap pelajaran, masa bagi memberikan soalan harus diperuntukkan. Beberapa minit sahaja adalah sudah memadai.

MASA INTERAKSI DI DALAM BILIK DARJAH
Tumpukan kepada aktivit yang lebih berkesan dan dilakukan bersama dengan guru yang memberikan bimbingan, dorongan serta mengawasi mereka. Sering kali pelajar membuat latihan ataupun membaca sepanjang masa pelajaran. Aktiviti seperti ini dapat dilakukan di rumah dengan syarat keadaan menggalakkan mereka belajar. Tidak memadai dengan hanya memastikan pelajar sibuk dan tidak membuat bising. yang penting adalah kualiti aktiviti yang dijalankan seperti bekerja di samping pelajar dan memberi bimbingan individu dapat memberikan makna pada aktiviti yang dilakukan.

Ada kalanya, dalam setiap pelajaran pelajar perlu membuat kerja bersendirian. Walaupun begitu kita sendiri harus terlibat secara langsung dalam sebahagian besar masa mengajar.

KAEDAH PENGAJARAN
Tiada satu cara yang betul dalam kaedah pengajaran. Mungkin ini suatu rahmat. Tugas mengajar adalah usaha yang membosankan apabila hanya satu kaedah yang boleh diikuti. Mengajar adalah cabaran. Para guru sentiasa mencari dan berjuang bagi menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Usaha memperbaik diri inilah yang memberikan nafas kepada para guru.

Kejayaan yang dicapai pada akhir kursus serta kegembiraan pelajar dengan keputusan yang memuaskan, tidak bermakna selesainya usaha seorang guru. Bahkan guru dikehendaki memandang ke hadapan dan memikirkan perubahan yang boleh dibuat dalam kursus berikutnya. Sering kali waktu mengajar, kita mendapat idea mengaplikasikan pendekatan berlainan dalam kursus berikutnya. Mungkin juga kita terfikir sesuatu yang baharu hasil perbincangan dengan rakan sejawat semasa menghadiri persidangan ataupun daripada bacaan. Fikiran terbuka dan bersedia membuat perubahan apabila diperlukan dapat memastikan kita sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir teknik utama pengajaran.

Ramai orang mengingati guru yang dianggap cemerlang semasa persekolahan mereka. Guru pelatih juga mungkin begitu tertarik dengan guru yang mereka cerap semasa latihan. Guru muda mungkin kagum mendengar cerita kejayaan yang dicapai oleh guru yang baru mereka temui. Prestasi cemerlang pensyarah di seminar atau persidangan pendidikan mungkin menimbulkan perasaan rendah diri pada guru lain, ataupun sebaliknya semangat berkobar-kobar bagi meniru jejak langkah individu itu. Walau apa pun, pada waktu mengajar, kita perlu sentiasa mengekalkan watak diri sendiri, malah kita boleh mengikut cara orang lain, tetapi jangan berlakon seperti orang lain.

MEMPELBAGAIKAN RUTIN
Kita perlu sendtiasa peka dengan cara yang dapat meningkatkan cara kita mengajar. Salah satu cara mempelbagaikan pengajaran adalah melalui penceramah jemputan dan lawatan khas.

1. Penceramah jemputan:-
Dari semasa ke semasa, organisasi pendidikan menerima tawaran mendengar ceramah yang diberi oleh wakil sektor awam seperti pegawai polis ataupun pegawai bomba. Guru juga mungkin dapat mengemukakan cadangan menjemput pakar sesuatu bidang dari luar untuk memberikan ceramah berkenaan suatu topik khas.

Penceramah mengambil alih kawalan kelas walaupun guru hadir sama sepanjang ceramah berlangsung. Situasi dan perubahan yang dialami mungkin menyebabkan ada sedikit kelainan dalam perlakuan pelajar. Tingkah laku mereka tidak sperti biasa, bahkan mungkin lebih teruk daripada biasa. Sebelum majlis ceramah bermula. guru boleh mengambil langkah mengelakkan tingkah laku yang memalukan dengan memberikan kata-kata perangsang kepada pelajar, menerangkan tentang majlis yang akan diadakan, menggalakkan mereka memikirkan dan menyediakan soalan berkaitan topik yang dibincangkan serta menegaskan kepada pelajar supaya berkelakuan baik.

Sebaik-baiknya, kita mempunyai butiran ceramah itu terlebih dahulu dan bertemu penceramah sebelum majlis dimulakan. Penceramah sering kali meminta guru mencadangkan idea sebagai maklumat tambahan dalam ceramahnya. Pelajar pula memang sentiasa bersedia menerima nasihat daripada orang asing. selepas mendengar ceramah, pelajar begitu berminat menceritakan beberapa idea baharu yang dikemukan oleh penceramah walaupun sebahagian daripada idea itu sudah kita sebutkan beberapa kali ataupun minggu sebelumnya. Perubahan rutin dari segi kepelbagaian dan perkara baharu yang dibuat oleh seseorang penceramah jemputan seolah-olah membuat mata dan minda mereka.

Penganjur majlis perlu menentukan cara menyampaikan ucapan penghargaan kepada penceramah. Ada kalanya, guru yang menyampaikan ucapan terima kasih kerana pelajarnya kurang matang. Apabila pelajar yang lebih matang terlibat, salah seorang daripada mereka boleh dipilih atau dijemput mewakili yang lain bagi menyampaikan ucapan penghargaan selepas ceramah tamat. Kemungkinan pelajar yang dipilih berasa begitu gemuruh dengan tugas ini sehingga tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada ceramah yang disampaikan. Sebaik-baiknya, pilih orang yang menawarkan khidmatnya secara sukarela. Aturkan aktiviti susulan seperti perbincangan ataupun tugasan berdasarkan topik yang didengar setiap ceramah. Penerangan berkenaan aktiviti yang dirancang itu harus diterangkan sebelum majlis ceramah bermula. Ini mendorong pelajar menumpukan perhatian kepada penceramah.

2. Lawatan:-
Semua pelajar seronok membuat lawatan. Ini adalah perubahan rutin yang dialu-alukan. Guru perlu merancang lawatan ke suatu tempat di pusat pengajian mereka, misalnya pejabat pentadbiran, makmal komputer dan perpustakaan. Rancangkan supaya pelajar dapat melihat cara tempat ini beroperasi. Lagipun, memang banyak manfaat untuk pelajar baharu melawat dan membiasakan diri dengan sekitar kawasan tempat pengajian.

Kakitangan pengajar perlu berhubung dengan pustakawan. Apabila ada perpustakaan di institusi itu, jadualkan lawatan bagi setiap kelas baharu pada minggu pertama kursus bermula. Bagi sebilangan pelajar, mungkin ini pertama kali mereka melihat perpustakaan. Oleh itu, penerangan yang diterima berkenaan kemudahan yang disediakan dapat mendorong mereka mendapatkan manfaat sepenuhnya dari tempat itu. Bahkan, kemungkinan besar buat julung kalinya pelajar dapat memulakan tabiat membaca.

Lawatan keluar dari pusat pengajian melibatkan banyak perancangan dan persediaan, tetapi ia bermanfaat dan memberansangkan. Kebanyakan organisasi mempunyai garis panduan berhubung cara mengurus aktiviti seperti ini, misalnya nisbah kakitangan kepada pelajar. Urusan insurans juga adalah aspek utama. Perlindungan insurans khas wajib ada bagi setiap pelajar sebelum mereka meninggalkan kawasan sekolah.

Beritahu pelajar awal-awal lagi tentang segala perbelanjaan yang diperlukan bagi lawatan keluar dari pusat pengajian. Berbagai-bagai tempat boleh dikunjungi, misalnya muzium tempatan, tapak bersejarah, tempat menarik negara ataupun lawatan ke negeri lain. Banyak sebab yang mendorong lawatan seperti ini, mungkin bagi mendapatkan pendidikan umum, meningkatkan minat dalam sesuatu mata pelajaran dan kadang kala beristirehat dan berseronok sahaja.

Semasa membuat lawatan, pelajar dianggap sebagai duta sekolah mereka. Sebelum mereka beredar dari kawasan sekolah, wajar diberitahu apa yang diharapkan daripada mereka, iaitu menjaga tingkah nlaku. Memang baias yerjadi slepas keluar daripada rutin bilik darjah, tingkah laku pelajar berbeza daripada lazimnya. Seolah-olah ada udara segar tiba-tiba mengejutkan mereka. Peringatan ringkas berkaitan tingkah laku mereka sudah mencukupi bagi memastikan lawatan itu menyeronokkan.

AKTIVITI PELAJAR
Apakah yang dilakukan oleh pelajar semasa berada di bilik darjah? Kita perlu tahu bahawa pelajar sepatutnya membuat banyak lagi perkara selain mendengar guru mengajar. Umpamanya:-
1. Mendengar
2. Melihat
3. Menulis
4. Menjawab
5. Menjawab
6. Main peranan
7. Kerja Amali
8 Perbincangan

Kebanyakan aktiviti ini hanya memerlukan beberapa minit daripada masa pelajaran kelas. Tiada peraturan khusus yang mengawal perjalanan aktiviti. Yang penting, perlu ada pelbagai aktiviti. Yang penting, perlu ada pelbagai aktiviti semasa pengajaran berlangsung di dalam kelas.

INTEGRASI MATA PELAJARAN
Umumnya, semua mata pelajaran diajar sebagai sebahagian daripada kursus. Semua mata pelajaran ini juga berkaitan antara satu sama lain. Usaha mengintegrasikan pelbagai mata pelajaran dalam kursus sudah lama dijalankan di dalam dunia pendidikan. setiap kursus pula ada identiti dan matlamatnya sendiri, menyediakan sesuatu pada pelajar supaya maju dan mencapai apa yang dicitakan.

Pelajar perlu disedarkan semua mata pelajaran yang dipelajari dalam sesuatu kursus sama pentingnya. Begitu juga guru pakar seharusnya menyedari bahawa mata pelajaran mereka hanyalah sebahagian daripada gambaran yang lebih besar dan semua bahagian mestilah masuk pada tempatnya bagi menghasilkan gambar yang sempurna.

Apabila kaitan antara pelbagai mata pelajaran wujud dan dapat dilihat dalampelbagai sukatan, maka besar manfaatnya apabila guru mata pelajaran itu bekerjasama jika terdapat persamaan dalam pelajaran yang diajar. Pengukuhan suatu perkara menjadi lebih mantap apabila guru menyatakan "Anda tentu ingat minggu lalu Cik H membincangkan.... Hari ini saya akan membincangkan perkara yang sama, tetapi dari sudut yang berbeza....."

Pengajian bahasa pengantaraan adalah titik persamaan yang menghubungkan semua mata pelajaran. Semua guru dianggap sebagai guru bahasa dan bertanggungjawab memantau penggunaan bahasa tulisan dan bahasa lisan dari segi isi semata-mata. Aspek lain seperti penyampaian, gaya, struktur ayat dan ejaan juga mesti dipertimbangkan. Guru juga tidak boleh menganggap segala isu berkaitan bahasa adalahtanggungjawab guru bahasa. Hanya ada satu cara untuk maju, iaitu kerjasama erat antara guru.

Guru mata pelajaran yang mengenal pasti masalah bahasa di dalam kelasnya perlu berbincang dengan guru bahasa dan menetapkan tindakan yang perlu diambil. Semasa menyusun skema kerja, guru bahasa patut menetapkan tarikh memulakan pelajaran kaedah penulisan esei ke kelas yang berkaitan. Sebelum menetapkan tarikh, sebaik-baiknya berbincang dahulu dengan rakan setugas dan dapatkan tarikh mereka bagi merancang memulakan pelajaran karangan dalam mata pelajaran mereka. Ini hanya contoh kerjasama yang boleh berlaku antara bidang yang berlainan. Kerjasama seperti ini dapat memanfaatkan semua.

No comments: