Monday, October 17, 2011

PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM

Untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya. Disamping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, Guru juga perlu mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk.

Di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kendungannya. Guru berperanan menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran. Guru juga perlu merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan. Ini bertujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

1. ANALISIS KURIKULUM:-
1.1 Falsafah
1.2 Rasional
1.3 Objektif
1.4 Isi Kandungan

2. MENENTUKAN KEPERLUAN PELAKSANAAN:-
2.1 Bahan-bahan dan Alatan Pengetahuan
2.2 Kemahiran guru

3. PERANCANGAN PENGAJARAN:-
3.1 Rancangan Pengajaran
3.2 Susunan Bilik Darjah
3.3 Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran
3.4 Teknik Mengajar
3.5 Aktiviti Sokongan, Pengayaan dan Pemulihan

4. PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:-

5. PENILAIAN:-
5.1 Kesan Pembelajaran
5.2 Kesan Bahan
5.3 Prestasi Murid

6. KAJIAN SEMULA:-
6.1 Rancangan
6.2 Bahan dan Alatan
6.3 Strategi dan Teknik

Di samping merancang dan melaksanakan pengajaran di bilik darjah, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya. Guru perlu memastikan murid-muridnya juga melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

Peranan-peranan guru dalam pelaksanaan kurikulum boleh digolongkan dalam empat bidang yang utama iaitu;
1. Peranan Pentafsiran Kurikulum
2. Peranan Merancang Kurikulum
3. Peranan Melaksanakan Kurikulum
4. Peranan Menilai dan Mengubahsuai Kurikulum

No comments: