Thursday, September 20, 2012

PANDANGAN PELANGGAN TERHADAP SEKOLAH

Ibu bapa adalah merupakan sebahagian pelanggan sekolah. Ibu bapa atau pelanggan sekolah ini mempunyai pandangan dan pendekatan yang berbeza terhadap sekolah. Pandangan dan pendekatan mereka itu adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Faktor-faktor tersebut adalah:-
1. Nilai:-
Pelangan khususnya ibu bapa mempunyai nilai mereka sendiri terhadap sekolah. Ada ibu bapa menganggap atau berpendapat sekolah sebagai tempat pelaburan untuk masda depan anak-anak mereka. Ada juga yang menyatakan sekolah sebagai tempat mengembangkan potensi diri anak-anak. Juga ada yang menganggap sekolah tempat memberi pelbagai kemahiran dan tidak kurang juga yang menganggap sekolah tempat meletakkan anak-anak sewaktu mereka pergi bekerja.

2. Sikap:-
Pola sikap boleh terbentuk melalui manifestasi nilai. Ia berkaitan dengan pengalaman mereka masa lepas. Sikap ini terbentuk melalui pertuturan, perbuatan, penyertaan dan penglibatan mereka dalam aktiviti yang pernah dijalankan oleh pihak sekolah. Ia boleh membentuk sikap positif atau negatif kepada sekolah bergantung kepada pengalaman masa lalu.

3. Ekspektasi:-
Memenuhi ekspektasi pelanggan merupakan perkara penting dalam pengurusan kualiti. Ia sudah tentu ada kaitan yang rapat dengan kegembiraan anak-anak mereka belajar di sekolah dan kejayaan mereka dalam ujian atau peperiksaan.

4. Memilih Keutamaan:-
Pihak sekolah perlu memilih aktiviti yang banyak dijalankan di sekolah yang boleh menarik perhatian ibu bapa. Oleh itu, perlulah dibuat kajian tentang aktiviti yang perlu diberi keutamaan dan menjadi pilihan [elanggan mereka.

No comments: