Wednesday, January 28, 2009

KENALI DIRI SENDIRI

Mengenal diri sendiri adalah penting dalam kehidupan kita. Ini kerana kita akan tahu ke mana arah hala tuju yang ingin kita pergi. Seseorang yang telah membuat pelbagai perancangan untuk dirinya mencapai visi dan misinya adalah merupakan orang yang telah mengenali dirinya sendiri. Oleh itu untuk mengenali diri, kita perlu mempunyai sikap iaitu sikap mental yang positif.
Orang yang memiliki sikap mental positif mempunyai harapan yang menyakinkan. Mereka ini tidak diragukan lagi untuk memberi pancaran kegembiraan, kesihatan dan keriangan. Semua yang ada pada dirinya adalah mengarah kemajuan dan kejayaan. Sikapnya yang sihat akan dapat menghasilkan keadaan yang sihat.
Bagi orang yang mempunyai sikap mental yang negatif berkeadaan murung. Sentiasa risau dan cemas. Mereka ini akan mencipta situasi yang membuat orang lain sedih atau tidak senang, takut dan cemas.
Kejayaan akan lebih menonjol daripada sikap. Bakat yang ada dalam diri akan dapat membantu sikap untuk lebih berjaya. Oleh itu, orang yang ingin mendapatkan kejayaan mestilah dapat mengenal diri terlebih dahulu. Ia adalah segala-galanya dan tanpanya hal lain akan menjadi kecil ertinya.
Fikiran positif akan meletakkan diri kita ke arah yang positif. Manakala fikiran yang negatif akan membentuk diri kita ke arah yang negatif. Akhirnya kita akan terdampar kegagalan apabila mental yang negatif telah menguasai diri.

No comments: