
1. Tidak Taat Setia Kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan:-
Perkataan "saya yang menurut perintah" seringkali terdapat di akhir surat agensi kerajaan. Ia merupakan satu manifestasi ringkas ketaatan penjawat awam kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan. Walau bagaimanapun penjawat awam yang melanggar arahan Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan tidak semestinya secara terus membawa maksud tidak taat kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan. Umpamanya sekiranya penjawat awam itu mencuri. Kesalahan ini merupakan kesalahan dalam undang-undang negara dan tidak boleh dianggap tidak taat kepada negara.
Di bawah ini adalah merupakan perbuatan yang dianggap bermotifkan menderhaka dan belot kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan:-
a. Berperang atau cuba berperang atau bersubahat untuk melawan Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertuan Negeri (seksyen 121 Kanun Keseksaan)
b. Merancang, mengada-adakan atau berusaha memecat atau melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong daripada pertuanan Persekutuan (seksyen 121B Kanun Keseksaan)
c. Mengumpul orang, senjata atau pelurusebagai persiapan berperang melawan Yang di-Pertuan Agong (seksyen 122 Kanun Keseksaan)
d. Menyiarkan, menyampaikan atau merakam kod, isyarat timbal atau apa-apa surat rasmi bagi tujuan negara asing yang boleh memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia (seksyen 3(c)) Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986
e. Mengikut seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968, seseorang hendaklah berdiri hormat apabila lagu kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan (kecuali dinyanyikan atau dimainkan dalam penyiaran filem berita)
No comments:
Post a Comment