Saturday, January 31, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (20)

1. Amaran:-
Takrifnya ialah "peringatan" yang mana seseorang penjawat awam itu diberi peluang untuk terus berkhidmat setelah melakukan pelanggaran peraturan tatatertib dan sekiranya diulangi ia akan dikenakan hukuman yang lebih berat. Penjawat awam yang berkenaan perlulah diberitahu apakah kesalahan yang telah dilakukannya. Amaran (peringatan) ini biasanya diberikan kepada seseorang penjawat awam yang telah melakukan pelanggaran peraturan tatatertib yang dianggap ringan oleh pihak berkuasa tatatertib.
Apabila seseorang penjawat awam yang telah dituduh tidak berjaya untuk membebaskan dirinya dari tuduhan yang telah dibuat terhadapnya, maka pihak berkuasa tatatertib akan menjatuhkan hukuman dengan memberi amaran (peringatan) atau celaan sebagaimana yang difikirkan patut. Hukuman ini hendak lah diberi secara bertulis dan rekod rasmi berkaitan dengan insiden itu hendaklah disimpan (failkan).
Contoh-contoh mengapa amaran (peringatan) perlu dikenakan:-
1. Penjawat awam datang lewat tanpa sebab-sebab yang munasabah
2. Penjawat awam ponteng kerja seperti membuang masa di kantin
3. Penjawat awam cuai dengan arahan yang diberikan oleh majikannya (pihak atasan)
4. Penjawat awam melakukan kerja atau berkelakuan yang tidak memuaskan

No comments: