Wednesday, January 14, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (12)

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA
Satu lagi peraturan baru yang diujudkan di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatetrtib) 1993 ialah Peraturan 7 iaitu mengenai larangan menggunakan atau mengambil dadah berbahaya (kecuali bagi maksud perubatan seperti preskripsi yang dibuat oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan kerajaan). Dan ini termasuklah juga larangan menyalahgunaan atau menagih dadah berbahaya. Dengan itu adalah menjadi kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 jika seseorang penjawat awam itu didapati:-
i. mengguna atau mengambil dadah berbahaya (kecuali bagi tujuan perubatan) atau
ii. menyalahgunaan atau menagih dadah berbahaya.
Menurut Peraturan 7(3), dadah berbahaya ertinya apa-apa dadah atau bahan yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952. Jadual Pertama Akta tersebut menyenaraikan dadah dan bahan yang dikategori sebagai dadah berbahaya.
Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 membolehkan seseorang yang menagih dadah dikenakan tindakan tatatertib dan ia perlu dibaca bersekali dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan10 Tahun 1984 iaitu mengenai Peraturan dan Tindakan ke atas Pegawai dan Kakitangan yang terlibat dengan Penagihan Dadah. Pekeliling ini menekankan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan apabila didapati ada penjawat awam di bawahnya menagih dadah. Menurut Pekeliling ini, langkah-langkah pemulihan dan rawatan kepada penjawat awam terbabit perlulah diambil terlebih dahulu dengan seberapa segera yang boleh dan jika semua langkah rawatan dan pemulihan itu gagal maka barulah tindakan tatatertib boleh diambil terhadap penjawat awam tersebut termasuk dibuang kerja.

1 comment:

Anonymous said...

Assalam, nk tny klu seorg penjawat awam telah ditahan kerana positif dadah, ditahan dibawah seksyen 15(1)dan telah mengaku bersalah, ni kenakan hukuman denda , masih ade peluang utk kembali bekerja atau dikenakan tindakan buang kerja