Monday, January 11, 2010

CAHAYA ASPIRASI

"harapan seperti sekilas cahaya yang menerangi, menyuluh jalan kita dan ketika kelam semakin menyelubungi malam akan memancar cahaya yang lebih tajam"

Sewajarnya setiap kesempatan itu akan diambil sebagai usaha untuk mengisi kekosongan. Setiap kesempatan itu akan diambil selagi masih ada api harapan yang berkobar. Sebenarnya, harapan itu adalah amat penting tetapi perkara ini saja adalah tidak memadai bagi kita sekiranya hanya mendapatkan kemajuan. Kita perlu ingat bahawa harapan adalah merupakan penyelamat dan bukannya sebagai penentu kemajuan.

Harapan adalah bentuk cairan aspirasi. Ianya mewakili kehendak tanpa melibatkan cita-cita. Hal ini terdapat pada impian yang indah. Adanya harapan itu akan menimbulkan kepercayaan. Sifat yang terbaik bagi harapan ialah sebagai mewakili pemikiran positif.

Sekiranya kita tidak menumbuhkan harapan maka pemikiran positif ini jarang memberikan manfaat yang besar. Ianya hanya akan memberikan bantuan yang kecil terhadap kehidupan kita. Oleh itu jangan biarkan pemikiran kita menjadi pasif dan menerawang, Nilailah harapan itu untuk menentukan apakah ianya merupakan sebagai objek hasrat hati kita.

Persoalan yang perlu dijawab oleh diri kita sendiri ialah, apakah kita benar-benar menginginkannya dengan hasrat yang secukupnya? Apakah kita bersedia untuk menanggung semua pembiayaan yang sewajarnya demi mencapainya? Kita selalu membuat penilaian setiap kali kita pergi ke pusat membeli-belah dan juga melihat perkara-perkara yang menarik minat. Apakah kita memerlukannya? Apakah ianya berharga? Apakah kita mampu membayarnya?

Sekadar berharap tidak akan membuat keadaan menjadi nyata. Apabila kita benar-benar menghendaki sesuatu kita seharusnya membuat keputusan yang positif. Apakah kehendak kita untuk membayar pembiayaannya itu memuaskan cita-cita kita?

Harapan mempunyai sifat yang buruk iaitu hidup di masa depan dan nazak pada masa kini. Hari-hari esok itu tidak pernah nyata, sejati dan bermakna bagi kita kecuali kalau kita mula bertindak saat ini. Oleh itu tetapkannya dengan kehendak yang teguh untuk mewujudkan harapan itu menjadi kenyataan. Penilaian yang pasti adalah bahan bakar yang akan menyalakan harapan menjadi api semangat yang diperlukan untuk mewujudkan kenyataan.

No comments: