Sunday, January 24, 2010

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

PENYELENGGARAAN BUKU TUNAI KUMPULAN WANG SEKOLAH

Di dalam Pengurusan Kewangan Sekolah terdapat enam bidang utama yang perlu dilakukan untuk meletakkan pengurusan kewangan di tahap cemerlang. Bidang-bidang tersebut ialah:-
1. Pengurusan Belanjawan
2. Pengurusan Hasil
3. Pengurusan Perolehan
4. Pengurusan Aset
5. Pengurusan Perbelanjaan
6. Pengurusan Perakaunan Buku Tunai Kumpulan Wang Sekolah dan Akaun Subsidiari

Penyelenggaraan Buku Tunai Kumpulan Wang Sekolah adalah terikat kepada undang-undang antaranya ialah:-
1. Akta Prosedur Kewangan 1957 (disemak 1972)
2. Arahan Perbendaharaan 143 (a)
3. Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Akaun dan Audit) 2002
4. Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah Edisi Keempat Tahun 2005 Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia
5. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1/Tahun 2003 dan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 9/Tahun 2004

Fungsi Buku Tunai di dalam Pengurusan Kewangan Sekolah adalah:-
1. Untuk merekodkan urusniaga tunai pengurusan kewangan kumpulan wang sekolah mengikut peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa
2. Berperanan sebagai alat asas kawalan di adalam pengurusan tunai kewangan sekolah
3. Pusat sumber maklumat utama perekodan dan kegunaan peruntukan kewangan yang diperuntukan dan penyediaan perlaporan
4. Alat petunjuk prestasi perbelanjaan dan baki peruntukan masih ada di tangan
5. Sumber rujukan untuk membuat keputusan terhadap pengurusan kewangan dan perancangan jabatan
6. Sumber maklumat utama di dalam penyediaan Penyata Akaun Tahunan Kewangan Sekolah

Kuasa-Kuasa Khas dalam penyelenggaraan Buku Tunai Kumpulan Wang Sekolah:-
"Kewajipan Kewangan dan Perakaunan bagi pegawai-pegawai bawahan yang bekerja di bawah seorang Pegawai Pengawal mestilah dinyatakan dengan jelas olehnya dan khususnya setakat mana mereka itu dibenarkan menjalankan tugas bagi pihaknya, tugas-tugas yang menjadi tanggungjawabnya mestilah dinyatakan dengan bertulis."

Buku Tunai Kumpulan Wang Sekolah terbahagi kepada tiga:-
1. Kumpulan Wang Kerajaan
2. Kumpulan Wang SUWA
3. Kumpulan Wang Asrama

No comments: