Monday, March 28, 2011

PEMBANGUNAN DAN PEMANTAPAN DISIPLIN

JENIS-JENIS DISIPLIN

3. DISIPLIN ARAHAN KUMPULAN
Disiplin arahan kumpulan diwujudkan di antara ahli-ahli dalam dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan dengan tujuan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.

Sebagaimana yang telah diketahui, dinamika kumpulan dibentuk berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa. Oleh itu, tingkah laku murid dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya. Proses penyesuaian mengikut norma satu-satu kumpulan akan berlaku, menghasilkan kawalan disiplin di antara ahli-ahlinya.

Murid yang tidak mematuhi norma dinamika kumpulan itu akan disingkirkan. Proses penyesuaian yang berlaku di antara ahli-ahli dalam dinamika kumpulannya menghasilkan disiplin arahan kumpulan. Guru yang cekap dalam pengurusan bilik darjah, biasanya boleh menggunakan dinamika kumpulan itu untuk mengawal setengah-setengah murid yang sering melanggar disiplin bilik darjah.

Bimbingan yang sesuai harus diberikan kepada ketua-ketua kumpulan mereka supaya norma dan kepercayaan yang diamalkan adalah sesuai, sihat dan setimpal dengan disiplin bilik darjah. Disiplin arahan kumpulan juga voleh diwujudkan dalam aktiviti kumpulan, misalnya semasa sekumpulan murid menjalankan aktiviti pengayaan atau melaksanakan sesuatu kerja projek.

Di dalam aktiviti-aktiviti tersebut, tugas kawalan disiplin murid biasannya diserahkan kepada ketua kumpulan mereka. Di bawah kawalan ketua kumpulan, murid-murid dapat melaksanakan aktiviti kumpulan secara sistematik, teartur serta licin. Keadaan seperti ini boleh disamakan dengan kewujudan disiplin arahan kumpulan di kalangan murid-murid dalam kumpulan mereka.

No comments: