Thursday, April 2, 2009

KUIZ KESIHATAN

Latar Belakang:-
Pertandingan Kuiz Kesihatan adalah merupakan programkerjasama antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia telah diadakan sejak tahun 1990'an lagi dan berterusan sehingga ke hari ini. Biasanya pertandingan ini bermula di peringkat sekolah dan disusuli dengan pertandingan antara sekolah-sekolah di peringkat kelompok. Seterusnya johan di peringkat kelompok akan bertandingan di peringkat daerah. Johan di peringkat daerah akan mewakili daerah bagi pertandingan di peringkat negeri dan seterusnya mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan.
Matlamat:-
Melahirkan warga sekolah dan persekitarannya yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.
Objektif:-
1. Menimbulkan dan meningkatkan kesedaran di kalangan murid tentang pentingnya memelihara kesihatan diri dan masyarakat dalam kehidupan
2. Menggalakkan murid-murid menambah pengetahuan berhubung dengan kepentingan kesihatan
3. Memberi kesempatan kepada murid-murid supaya peka kepada program dan rancangan kesihatan sekolah
4. Membolehkan murid-murid mendapat maklumat berhubung dengan kesihatan yang ada di negara ini
5. Menggalakkan kerjasama secara berkumpulan di kalangan murid-murid

2 comments:

skylark said...

kuiz lambat lagi dijalankan, hanya akan diadakan pada 14-4. awal-awal taukeh masuk dlm blog buat ape? taukeh nak ambil foto, patut ambil dari depan sibotak le, wajah handsome tak masuk sangat rugilah, hahahaha.......

amalhaj said...

tolong kekawan yang buat publisiti tuh. gambar tokeh tak boleh ambik dari depan nanti silau, heheheheh jangan marah maaaaaaaaa