Tuesday, April 28, 2009

MAKKAH AL-MUKARRAMAH (14)

1. Pembinaan Ka'bah - Binaan Malaikat:-
Al-Azraqi meriwayatkan dari Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Al-Husain bahawa beliau berkata:- "Allah swt berfirman kepada malaikat:- "Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi". Kemudian para malaikat bertanya:- "Adakah Tuhan kami hendak menjadikan di bumi orang-orang yang akan melakukan kerosakan?"
Setelah itu mereka merasa bersalah dan takut dimurkai oleh Allah swt lalu mereka bertawaf di sekeliling Arasy untuk memohon ampun kepada Allah swt. Kemudian Allah swt menjadikan di bawah Arasy sebuah rumah iaitu "Bait Al-Ma'mur" dan Allah swt berfirman kepada malaikat agar bertawaf di rumah itu dan bukan lagi di Arasy.
Allah swt kemudiannya mengutus para malaikat supaya membina Baitullah di bumi supaya makhluk di bumi dapat melakukan tawaf sebagaimana makhluk di langit bertawaf di Bait Al-Ma'mur.
2. Pembinaan Ka'bah - Binaan Nabi Adam as:-
Al-Azraqi meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata:- "Semasa Adam as diturunkan dari syurga dan sampai ke bumi, baginda telah berkata:- "Wahai Tuhan, mengapa aku tidak mendengar lagi suara malaikat?"
Allah swt berfirman:- "Semuanya kerana kesalahan engkau wahai Adam". Kemudian Allah swt memerintahkan sipaya baginda membina Ka'bah dan betawaf mengelilinginya sebagaimana malaikat mengelilingi Arasy. Adam berjalan menuju ke tapak pembinaan Ka'bah. Bumi dikecilkan oleh Allah swt dan temph perjalanan menjadi pendek.
Setiap tempat yang dipijak oleh Adam akan dijadikan oleh Allah swt sebagai kawasan yang subur dan berpenghuni. Apabila sampai ke Makkah, malaikat Jibrail memukul dengan sayapnya di tapak pembinaan Ka'bah dan malaikat membawa batu kepadanya untuk membina Ka'bah. Bahan binaan terdiri daripada batu yang diambil daripada lima gunung iaitu gunung Lubnan, Tur Zaita, Tur Sina, Juudi dan Hira'.
Konkritnya pula dibuat daripada batu pejal hitam. Kata Ibnu Abbas:- "Adam adalah merupakan manusia pertama yang mengasaskan Al-Bait (Ka'bah). Baginda menunaikan solat serta bertawaf di situ".
Imam Asy-Shafi'ie meriwayatkan daripada Muhammad bin Ka'ab Al-Qurazi katanya:- "Sewaktu Adam as menunaikan fardhu haji baginda telah berjumpa dengan malaikat. Mereka berkata kepadanya:- "Sempurnakan haji engkau wahai Adam. Kami telah melakukan haji sebelum daripada engkau semenjak 2000 tahun yang lalu.

No comments: