Wednesday, August 26, 2009

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL N. 11 PERMATANG PASIR

Barisan Nasional tidak patah semangat
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tidak akan mematahkan semangat Barisan Nasional (BN) untuk terus bekerja keras melakukan yang terbaik bagi meraih sokongan rakyat.

Pas kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir
Oleh Anwar Hussin, Mohd Anwar Patho Rohman, Norakmah Mat Youb, Amin Ridzuan Ishak dan Shukri Mat Ali
bhnews@bharian.com.my
Mohd Salleh raih 9,618 undi tewaskan Rohaizat
BUKIT MERTAJAM: Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir apabila calonnya, Mohd Salleh Man menewaskan Rohaizat Othman dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 4,551 undi pada pilihan raya kecil DUN itu semalam.

BN akan teliti faktor kekalahan: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) sudah mencuba dengan baik dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, semalam. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, mungkin ada faktor-faktor tertentu perlu diambil kira oleh BN berikutan keputusan pilihan raya itu yang memihak kepada Pas.

Peratus merosot, SPR digesa ubah hari mengundi ke hari cuti
Hazayani Zakaria Wed Aug 26, 09 8:51:10 am MYT
BUKIT MERTAJAM, 26 Ogos: Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir Dato' Mahfuz Omar meminta Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) mengambil pengajaran dan mengkaji semula pemilihan hari mengundi pada hari bekerja berikutan kemerosotan peratus keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir semalam.

PAS menang, majoriti menurun
Aug 25, 09 6:35pm
kemaskini 7.31pm
PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

No comments: