Friday, August 21, 2009

TUNKU ABDUL RAHMAN

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar. Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke 24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand.
Almarhum merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha agung yanbg pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusus di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga1988.
Mangkat pada 6 Disember 1990, ketika berummur 87 tahun dan disemadikan di Makam DiRaja Langgar di Alor Setar.
TUNKU ABDUL RAHMAN
Lagu:- Wooi Sin Ho
Lirik:- Nor Liza Darus
MERDEKA... MERDEKA...
MERDEKA... MERDEKA...
Tunku Abdul Rahman
Bapa kemerdekaan
begitulah nama serta gelarannya
terkenal seantario dunia
jasamu dikenang
baktimu tak ternilai
seluruh hidupmu telah dikorbankan
untuk negara Malaysia
Tunku Abdul Rahman
kebanggaan negara
hasil perjuanganmu membawa kebahagiaan
kemerdekaan untuk semua
tiga puluh satu ogos lima puluh tujuh
laungan keramatmu menjadi kenyataan
jasamu dikenang sepanjang zaman
merdeka... merdeka... merdeka... merdeka
merdeka... merdeka... merdeka... merdeka

No comments: