Monday, January 4, 2010

MENGAPA INI HARUS TERJADI?

Bidang perniagaan adalah satu bidang yang begitu popular dewasa ini. Terdapat pelbagai cara mempromosi barangan yang diniagakan. Iklan-iklan bagi promosi satu-satu barangan tersebut biasanya akan terpampang di dada akhbar, siaran radio dan televisyen. Paling menarik kita boleh membeli pelbagai barangan yang kita perlukan melalui langanan di internet. Semua perkara tersebut adalah sebagai satu kemudahan pelanggan untuka memiliki barangan yang diperlukan. Inilah yang dikatakan peranan yang dimainkan oleh perkembangan dunia ICT.
Dalam bidang penyiaran terdapat pelbagai siaran yang boleh kita langgani sama adalah untuk mendapatkan berita ehwal semasa terkini, berita sukan, hiburan dan berbagai lagi sekira memerlukannya. ASTRO adalah nama yang tersohor dalam bidang penyiaran di Malaysia. Ia merupakan satu organisasi yang memonopoli bidang penyiaran. Kalau satu ketika dulu kita disogokkan dengan siaran televisyen 1 dan 2, kini berpuluh-puluh siaran boleh kita ikuti asalkan kita boleh membayar yuran bulanannya. Mengapa ketika dulu, lesen radio dan televisyen yang berharga RM24.00 setahun begitu culas kita membayarnya tetapi kita dengan nilai yang lebih sebulan kita masih mampu membayarnya tanpa ada pemeriksaan mengejut penguatkuasa penyiaran yang datang ke rumah?
Inilah hasilnya apabila bidang penyiaran dimonopoli oleh satu organisasi sahaja. Citarasa pelanggan terus diketepikan. ASTRO mengambil sikap "biar untung lebih" daripada memenuhi kehendak pelanggannya yang sentiasa bertambah setiap bulan. Ada siaran-siaran yang tertentu dalam satu "screen" terdapat tiga perkara yang terpaksa kita tonton. Di situ ada siaran drama. Di situ juga ada iklan dan di situ juga ada "chatting". Kalaulah dah ada tiga siaran dalam satu "screen", usahkan yang 32 inci malahan lebih dari itu pun terganggu perhatian pelanggan terhadap siaran yang ditontonnya. Di manakah peranan menteri yang berkaitan dalam menangani perkara seperti ini? Bagaimana pelanggan hendak menonton siaran televisyen sekira di "screen" televisyen mereka terdapat gambar-gambar seperti di atas?

4 comments:

Unknown said...

Salam tuan. 3 in 1 ini hanya terdapat dalam saluran Melayu suka, terutamanya siaran hiburan. Dalam saluran lain, tak nampak ketara. Wallahualam.

skylark said...

beribu jenis terdapat dalam dunia internet, pandai-pandai pilih le, taukeh......
Selamat bertugas semula!

amalhaj said...

assalamualaikum tuan!
jika ditinjau ramai melayu yg chatting atau apa saja asalkan hiburan......

amalhaj said...

hello taukeh!
mana mahu pergi lagi? ASTRO pun tatak........