Wednesday, March 23, 2011

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999

Sughat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 adela berkaitan dgan Penyediaan Ghekod Pengajaghan dan Pembelajaghan. Seme gughu mestiler mematohinya jangan idak. Penyediaan Ghekod Pengajaghan dan Pembelajaghan adele suatu yang mesti gughu-gughu kene buat. Mengkome bace aper yang tertuleh oelh teman kat bawah nih.

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

50604 KUALA LUMPUR


Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999

Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran


Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256:"Buku Rekod Mengajar Guru". bertarikh 1 Julai 1963.


2. Semenjak Surat Pekeliling Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapar amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan.


3. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.


(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN

Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.


4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.


5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua, Guru Besar dan Guru di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.


Sekian


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


DATO' DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.


Teman aghap bebenor agar seme gughu faham dan mematuhi surat pekeliling ini yang sememangnyer ader dicetak dalam Buku Persediaan Mengajar.

2 comments:

shahrilhakime said...

saspen je....
ghupenye pekelliling cekgu cekgi .....

amalhaj said...

tuleh jangan tak tuleh, yang penting tuleh. kalo tuleh ader bukti hahahahahahahaha