Friday, April 13, 2012

PERANAN SEBAGAI KEPIMPINAN INSTRUCTIONAL

Sekolah yang mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik selalu dikaitkan dengan pemimpin instructional yang berkesan iaitu Guru Besar. Sebagai orang pertama atau terpenting di sekolah, beliau bertanggungjawab memastikan proses pengajaran dan pembelajaran serta seluruh aktiviti akademik dirancang, dilaksanakan dan dipantau dengan baik. Penekanan tugas sebagai pemimpin instructional di sekolah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan baik dan teratur. Pengurusan akademik yang teratur akan memudahkan guru-guru melaksanakan tugas dan peranan mereka menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada murid-murid.

No comments: