Monday, June 8, 2009

DINASTI MOHD. NOAH

Tunku Abdul Rahman Alhaj adalah perdana menteri Malaysia yang pertama. Ini dikuti oleh Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Badawi. Datuk Seri Najib Razak, dah dikira sebagai generasi pemimpin kedua. Ini bermakna telah pun terbentuk satu dinasti dalam pemerentahan Malaysia. Dinasti ini boleh dinamakan atau digelar sebagai "Dinasti Tun Abdul Razak".
Apabila Dato' Seri Hishamuddin Hussein menang kerusi Naib Presiden UMNO, landasan beliau untukm menjadi pemimpin pertama Malaysia adalah jelas. Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilihat hanya mampu berada di kerusi timbalan perdana menteri. Selepas ini tempat beliau akan diisikan oleh Dato' Seri Hishamuddin Hussein. Maka akan terbinalah satu lagi dinasti pemerintahan iaitu "Dinasti Tun Hussein Onn".
Tun Mahathir Mohammad, walaupun ada mempunyai waris dalam kepimpinan UMNO sekarang ini, namun ianya dibayangi oleh menantu Tun Abdullah Badawi. Pergolakan antara mereka berdua akan membuat perwakilan UMNO akan beralih sokongan kepada pemimpin muda iaitu Mohd. Nizar Najib. Datuk Seri Najib Razak boleh meletakkan anaknya di barisan hadapan UMNO sekiranya beliau mahu mengekalkan Dinasti Tun Abdul Razak yang telah beliau pahatkan dalam sejarah.
Oleh itu, gandingan dua sepupu ini perlulah mantap demi untuk mengekalkan dinasti keluarga mereka. Walaupun mereka telah berjaya membentuk dua dinasti yang berbeza namun ianya akan menjadi satu dinasti yang paling ideal. Dua dinasti yang berbeza akan menjadi satu apabila dinasti tersebut dibina mengikut ibu masing-masing.
Toh Puan Rahah dan Toh Puan Suhaila merupakan adik beradik yang bertuah kerana dapat bersuamikan perdana menteri Malaysia. Namun, orang yang paling bertuah ialah Datuk Mohd. Noah yang mendapat dua orang menantu yang menjadi perdana menteri Malaysia dan seorang cucu yang kini merupakan perdana menteri Malaysia. Apakah kita akan dapat melihat akan wujudnya "Dinasti Datuk Mohd. Noah"? Tunggu apabila seorang lagi cucunya akan menjadi perdana menteri Malaysia.

No comments: