Sunday, June 21, 2009

KERAJAAN PERPADUAN - MENGAPA UMNO TERLALU GHAIRAH?

UTUSAN MALAYSIA
UMNO Kelantan tunggu lampu hijau - Mustapa
KUALA KRAI 21 Jun — Badan Perhubungan Umno Kelantan hanya menunggu “lampu hijau” daripada kepimpinan tertinggi parti untuk mengadakan perbincangan dengan PAS Kelantan berhubung kerajaan perpaduan, kata Pengerusinya Datuk Mustapa Mohamed.

Pemimpin Pas takut DAP, PKR
KUALA KRAI 20 Jun - Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendakwa beberapa pemimpin tertinggi Pas takut kepada rakan-rakan mereka dalam pakatan pembangkang apabila tidak mahu berunding dengan UMNO bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan.

Nik Aziz tidak diberi penjelasan
ALOR GAJAH 20 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentang keras cadangan pembentukan kerajaan perpaduan kerana tidak mendapat penjelasan sewajarnya oleh pihak yang mencetuskan idea itu. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Nik Abdul Aziz mungkin bersikap sedemikian disebabkan tidak menerima maklumat yang tepat dan keliru dengan cadangan itu.

BERITA HARIAN
Umno Kelantan tunggu kebenaran bincang dengan Pas
KUALA KRAI: Badan Perhubungan Umno Kelantan hanya menunggu "lampu hijau" daripada kepimpinan tertinggi parti untuk mengadakan perbincangan dengan Pas Kelantan berhubung kerajaan perpaduan, kata Pengerusinya, Datuk Mustapa Mohamed.

Tiada salah Umno-Pas bincang kerajaan perpaduan
KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, melahirkan rasa kecewa dengan segelintir pemimpin Pas yang menentang kerajaan perpaduan sebelum perkara itu dibincangkan. Beliau berkata, perkara itu masih peringkat cadangan untuk dibincangkan dan tidak wajar pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentangnya.

MALAYSIAKINI
Hisham doa PAS tidak berpecah
Muda Mohd Noor Jun 19, 09 8:02pm
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak mahu PAS berpecah dalam isu perbincangan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu.“Saya berharap tidak berlaku perpecahan berhubung sokongan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa terhadap kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Muhyiddin: Segerakan perbincangan Umno-PAS
Jun 19, 09 12:13pm
Umno mahukan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin parti itu melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga timbalan presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Umno S'gor hairan Nik Aziz tolak k'jaan perpaduan
Muda Mohd Noor Jun 19, 09 12:00pm
Umno Selangor hairan dengan sikap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat - yang juga seorang ulama - yang tidak suka orang Melayu-Islam bersatu padu.Ketua Penerangannya, Abdul Syukur Idrus berkata, jarang berlaku ulama menentang sebarang perbincangan untuk kepentingan kaum dan agama mereka.u dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Umno anggap Nik Aziz suara minoriti
Muda Mohd Noor Jun 19, 09 11:30am
Kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak kerajaan perpaduan merupakan satu pandangan minoriti, kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan."Umno tidak mahu bergaduh dengan (Datuk) Nik Aziz, tetapi untuk apa kita hendak layan suara minoriti.

K'jaan perpaduan: PM percaya PAS ikhlas
Jun 16, 09 12:15pm
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Perdana menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

No comments: