Saturday, June 20, 2009

IKATAN MELALUI PERTUNANGAN

Menunggu untuk disarung cincin di jari manis. Inilah saat yang paling bahagia apabila diri telah diikat dengan ikatan pertunangan. Ini bermakna diri bakal dimiliki oleh lelaki idaman iaitu apabila telah diakad nikahkan nanti.
Wakil/ibu lelaki menyarung cincin tanda pertunangan ke jari manis perempuan yang dipinang sebagai tanda ikatan pertunangan telah dimetarai dan akan menunggu saat yang dinanti iaitu majlis perkahwinan yang akan menyusul mengikut tempoh yang telah dipersetujui bersama.
Perempuan yang telah dipinang oleh pihak lelaki mencium tangan wakil/ibu lelaki setelah selasai sahaja disarung dengan cincin tanda pertunangan
Majlis pertunangan orang Melayu masih lagi mengekalkan tepak sireh sebagai tanda pembuka bicara antara pihak lelaki dengan pihak perempuan. Sekiranya tiada tepak sireh boleh diibaratkan sebagai tidak lengkap majlis tersebut.
Sebentuk cincin dibawa bersama oleh pihak lelaki. Cincin ini disarung ke jari manis perempuan yang ditunang oleh wakil atau ibu pihak lelaki. Cincin ini diibaratkan sebagai tanda kepada perempauan bahawa ianya telah diikat dengan suatu ikatan yang dinamakan "pertunangan".
Gula yang dibungkus dalam plastik berwarna merupakan suatu kemestian sebagai buah tangan hantaran. Mengikut adat orang tua-tua, gula itu melambangkan kemanisan yang didoakan dalam rumah tangga yang bakal didirikan.
Buah-buahan semacam suatu kemestian sebagai buah tangan hantaran tetapi masih meletakkan buah-buahan import senarai utama. Sewajarnya buah-buahan tempatan tersenarai sebagai keutamaan dalam buah tangan hantaran.
Rendang ayam salah satu dari buah tangan hantaran pihak perempuan yang sesuai dimakan dengan pulut kuning yang menjadi buah tangan wajib disenaraikan mengikut keutamaan.
Buah tangan hantaran pihak lelaki yang menyediakan 13 buah dulang. Buah tangan ini termasuklah buah-buahan, kuih-kuih tradisional dan moden, set persalinan dan sebagainya.
Sebahagian daripada hantaran balas pihak perempuan yang bertemakan hidupan laut di mana kebanyakan bekas hantaran adalah dari bentuk kerang disamping mengekalkan lapek tradisional seperti buatan tembaga dan sebagainya.

No comments: