Monday, June 15, 2009

MENGAPA PERLU BANTAH?

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan Kementerian Pelajaran memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) daripada setahun kepada 18 bulan. "Jika kita fikir secara logik mereka sudah belajar bertahun-tahun di universiti. Kalau dicampur dengan tempoh belajar pada peringkat KPLI jika ia dilanjutkan, hampir enam tahun baru mereka dapat merasa gaji," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Adakah kita perlu memikirkannya secara logik sebab gaji? Kalau nak kira logik lagi, mengapa pula NUTP tak bantah KPLSPM yang mengambil masa 5 setengah tahun?
"Saya mencadangkan supaya kementerian mengadakan minggu suai kenal selama dua minggu bagi memberi ruang kepada pelajar untuk menarik diri daripada menyertai KPLI jika merasakan tidak sesuai untuk berkhidmat sebagai guru.
Bagaimanakah kita boleh menilai seseorang itu berminat menjadi guru? Memang betul KPLI adalah longgokan graduan menganggur kerana mereka sebenarnya tidak berminat langsung menjadi guru. Sepatutnya mereka ini lepas sahaja SPM atau STPM memohon memasuki maktab perguruan atau pun UPSI. Mengapa setelah mengenggam segulung ijazah kejuruteraan ke, perakaunan ke, ekonomi ke dan macam- macam lagi ijazah baru terlintas di hati nak jadi guru? Mengapakah mereka tidak memohon kerja yang ade kaitan dengan kelulusan mereka?

2 comments:

Basuh Baju said...

sudah menjadi rahsia terbuka yng guru bukanlah profesion yg diminati oleh pelajar2 cemerlang..

amalhaj said...

peringkat awal mungkin macam itu tapi bila dah tak dapat kerja baru lah terhegeh-hegeh minta KPLI