Wednesday, December 16, 2009

PERINTAH AM BAB "B"

ELAUN-ELAUN DALAM PERKHIDMATAN

SKOP ELAUN
1. Elaun dan kemudahan yang diperuntukan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil.9/1991, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2002 dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa.
2. Elaun kerana menjalankan tugas rasmi. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/2003.
3. Elaun/kemudahan semasa berkursus, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/2005.
4. Elaun dan kemudahan semasa bertukar atau berpindah rumah dalam negeri, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/1995.

TAKRIF ELAUN
1. aran selain dari gaji pokok yang dibayar kepada Pgawai Prkhidmatan Awam di atas perkhidmatan yang diberi atau tugas yang dijalankan.
2. Tahun semasa dan memerlukan peruntukan kewangan yang mencukupi.

PRINSIP PEMBERIAN ELAUN
1. Prinsip tidak sejagat membolehkan pemberian elaun kepada kumpulan atau perkhidmatan yang ditetapkan.
Contoh:-
a) Kumpulan - Imbuhan Tetap Jawatan Utama dan Imbuhan Tetap Keraian
b) Perkhidmatan - Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dan Bayaran Insentif Bilik Mayat

2. Prinsip tidak biasa menetapkan elaun diberi hanya dalam keadaan-keadaan tertentu.
Contoh:-
a) Prinsip Tidak Biasa - Bayaran Insentif Wilayah, Elaun Gangguan dan Bayaran Lebih Masa

3. Prinsip tidak kekal menentukan elaun dibayar secara sementara. Ini bermaksud pemberian sesuatu elaun boleh ditarik balik atau dibatalkan.
Contoh:-
a) Prinsip Tidak Kekal - Elaun Debu dan Elaun Alat-Alat Perkakas.

4. Prinsip kesaksamaan menjamin pemberian elaun yang lebih adil. Ianya tidak terhad kepada mana-mana perkhidmatan, kumpulan perkhidmatan dibayar secara sementara. Ini bermaksud pemberian sesuatu elaun boleh ditarik balik atau dibatalkan.
Contoh:-
a) Bayaran Insentif Tugas Kewangan - Bayaran ini dipanjangkan kepada skim perkhidmatan lain yang setaraf dan skim perkhidmatan lain yang lebih rendah daripada Pembantu Tadbir (P/O), Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) yang menjalankan tugas kewangan sepenuh masa.
b) Elaun Tugas Memandu Kenderaan - Bayaran ini diberi kepada pegawai yang diarah memandu mengikut syarat yang ditetapkan.

KRITERIA PEMBERIAN ELAUN
i. Kepakaran
ii. Kemahiran
iii. Kepentingan sesuatu perkhidmatan
iv. Bayaran balik perbelanjaan
v. Tanggungjawab Tambahan
vi. Kos sara hidup
vii. Risiko kerja
viii. Kesusahan
ix. Galakan
x. Perkhidmatan

Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai gaji sektor awam 1991 (SSB):-
i. Kepakaran
ii. Kemahiran
iii. Kepentingan Sesuatu Perkhidmatan

JENIS-JENIS ELAUN
i. Imbuhan Tetap - ITP, ITKA, ITK, ITJ Utama/Gred Khas
ii. Bayaran Insentif/Elaun - Perkhidmatan Kritikal, Tugas Kewangan dan Elaun Perumahan Wilayah.
iii. Elaun-Elaun Bayaran Balik Perbelanjaan dan Tanggungjawab Tambahan

KATEGORI PEGAWAI KPM
i. Anggota Tetap - PPP dan AKS (pendidikan)
ii. Guru Sandaran (GST dan GSTT)
iii. AKS Sambilan
iv. Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) atau Guru Ganti
v. Pegawai Perkhidmatan Guna Sama
vi. Anggota Kontrak

KUMPULAN GURU SIMPANAN KEBANGSAAN
Ahli Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) yang dilantik sebagai Guru Ganti di sekolah layak elaun harian atas kadar RM150.00 sehari bagi lepasan ijazah dan RM100.00 sehari bagi lepasan diploma. Guru Ganti ini tidak layak elaun-elaun lain seperti ITP, ITKA, BSH serta lain-lain kemudahan termasuk cuti rehat bergaji penuh. Ia berkuatkuasa 1 Januari 2008.

GURU SANDARAN
Elaun dan kemudahan bagi Guru Sandaran di Kementerian Pelajaran Malaysia (JPA.Sulit.68/51/2(43) bertarikh 20 April 1994 adalah:-
i. Elaun bulanan berdasarkan tangga gaji yang diluluskan.
ii. Elaun Khidmat Awam
iii. Elaun untuk mengatasi kos sara hidup seperti EPW dan BIW (bertukar wilayah)
iv. Tuntutan elaun kerana menjalankan tugas rasmi di luar kawasan
v. Cuti sakit di bawah Perintah Am Bab C
vi. Cuti penggal sekolah PA 50(a) Bab C
vii. Kemudahan perubatan dan pergigian, kelayakan bayaran wad di hospital kerajaan dalam negeri
viii. Tidak layak cuti bersalin
ix. Tidak layak pinjaman kenderaan dan perumahan

KOMPONEN STRUKTUR GAJI
i. Gaji Pokok - merupakan satu jumlah wang yang ditetapkan bagi anggota awam yang berasaskan konsep gaji yang berpatutan untuk menyara keperluan asas
ii. Imbuhan Tetap - bayaran tetap yang diberi setiap bulan (ITKA, ITP dan ITK)
iii. Komponen Berubah - pelbagai elaun tidak kekal, tidak wajib masuk payroll, menepati fleksibiliti dan galakan dalam SSB dan tertakluk keadaan ekonomi negara.

No comments: