
Menyingkap kembali kegemilangan dan kecemerlangan lembaran sejarah tanah air, tokoh-tokoh seperti Allahyarham Buyung Adil, Ibrahim Yaakob, Pendeta Za'aba, Aminuddin Baki dan lain-lain adalah antara tokoh yang terbabit secara langsung di institut ini. Mereka bukan sahaja telah memberi perkhidmatan tetapi juga telah menjadi pemangkin kesedaran pentingnya pelajaran dan ilmu pengetahuan kepada bangsa Melayu.

"Pendidikan adalah landasan untuk membina bangsa dan negara.
Kekuatan dan ketahanan negara bergantung kepada
kekuatan dan ketahanan rakyatnya.
Rakyat harus berjiwa besar, berhati waja dan berakhlak mulia."

Bidang pendidikan hari ini sedang mengalami cabaran dan perubahan yang pesat. Pendidikan adalah landasan untuk membina bangsa dan negara. Kekuatan dan ketahanan negara bergantung kepada kekuatan dan ketahanan rakyatnya. Rakyat harus berjiwa besar, berhati waja dan berakhlak mulia. Segala sifat murni ini boleh dicapai menerusi pendidikan yang sempurna. Pendidikan yang sempurna hanya dapat diterapkan oleh pendidik yang mendapat didikan dan latihan yang baik.Kekuatan dan ketahanan negara bergantung kepada
kekuatan dan ketahanan rakyatnya.
Rakyat harus berjiwa besar, berhati waja dan berakhlak mulia."

Seseorang pendidik haruslah mendapat latihan ikhtisas yang sempurna bagi membolehkannya menjadi seorang yang profesional dalam bidang tugasnya. Disamping itu juga, mereka harus mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam bukan sahaja dalam bidang kerjayanya bahkan juga dalam bidang kehidupan yang lain. Keseimbangan dalam semua bidang adalah perlu untuk menjadi insan yang dianggap sempurna.
Namun begitu, jika dilihat masa kini adalah terlalu banyak Institut Pengajian Tinggi (IPT), sama ada awam atau swasta yang menawarkan pengajian di bidang pendidikan. Ini akan menjadikan suatu lambakan yang mengakibat tiada penempatan yang dapat dibuat kepada mereka setelah selesai belajar. UPSI sendiri mengalami masalah untuk menempatkan pelajarnya. Persoalannya ialah mengapakah Kementerian Pengajian Tinggi "membuka pntu yang begitu luas" pengajian bidang pendidikan kepada IPTS sedangkan IPTA sendiri telah banyak menawarkan pengajian dalam bidang pendidikan?

"Mereka juga disanjung, dimulia dan dikasihi.
Mereka mengajar di dalam bilik darjah dan mendidik di luar sekolah."
Mereka mengajar di dalam bilik darjah dan mendidik di luar sekolah."
Peranan guru sebagai pemimpin dalam semua lapangan hidup masyarakat telah telah menjadikan mereka terhormat lagi dihormati. Mereka juga disanjung, dimulia dan dikasihi. Mereka mengajar di dalam bilik darjah dan mendidik di luar sekolah. Mereka adalah sebagai agen perubahan, tambahan pula kemudahan yang terdapat di sekolah hari ini jauh lebih banyak dan lebih baik daripada sebelumnya. Apa yang perlu diperbaharui ialah sikap, minat dan semangat untuk bekerja.
"Jadikan kehadiran kita di sekolah tempat kita berkhidmat
sebagai satu kehadiran yang bererti dan bermanfaat
kepada pelajar, guru dan masyarakat di tempat itu."
Setelah selesai menimba ilmu, pindahkanlah segala yang dipelajari itu ke bilik darjah tempat kita berkhidmat. Guna dan praktikkan segala teori pengajaran dan pembelajaran yang telah diperolehi supaya pengajaran kita lebih berkesan. Kita sewajarnya menjadikan kehadiran kita di sekolah tempat kita berkhidmat sebagai satu kehadiran yang bererti dan bermanfaat kepada semua pelajar, guru dan masyarakat di tempat itu. Teori pendidikan dan kaedah pengajaran yang kita perkenalkan akan menjadikan sesebuah sekolah itu menjadi lebih dinamik.sebagai satu kehadiran yang bererti dan bermanfaat
kepada pelajar, guru dan masyarakat di tempat itu."

UPSI itu bermulanya dengan SITC. Pada peringkat awalnya SITC adalah khusus untuk anak-anak Melayu dilatih untuk menjadi guru. 100% pelajarnya adalah Melayu, sehinggalah namanya bertukar kepada IPSI. Namun begitu setelah namanya menjadi UPSI, kemasukan pelajarnya terbuka kepada semua bangsa. Demikianlah berakhirnya satu kemegahan bangsa Melayu di bumi Perak ini yang dileburkan oleh bangsan Melayu sendiri.
Apakah rasionalnya IPSI itu dijadikan UPSI? Mengapakah tidak dikekalkan sebagai IPSI agar ia terus berbakti seperti institut-institut perguruan yang lain yang telah pun menjadi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Lagipun IPGM sekarang telah pun menawarkan pengajian peringkat ijazah kepada bakal-bakal guru yang menjadi graduannya. IPSI sewajarnya terus dikekalkan seperti mana Malay College Kuala Kangsar (MCKK).
"Mengapakah bangsa Melayu itu sendiri
yang telah melenyapkan kemegahan bangsanya?"
yang telah melenyapkan kemegahan bangsanya?"
No comments:
Post a Comment