Tuesday, February 10, 2009

MARTABAT

Martabat sejati bukanlah lahir dari sifat mementingkan diri sendiri. Ia lahir dari kebaikan dan keluhuran hati dan rasa yang lebih mementingkan kehidupan. Ia juga berlaku adil kepada semua pihak. Untuk memperkembangkan martabat sejati ini kita adalah perlu percaya kepada qada' dan qadar. Kita juga tidak boleh memikirkan yang negatif sahaja akan berlaku.
Martabat tidak boleh dirosakkan oleh kebanggaan dan kesombongan. Martabat berasal dari perasaan mengagungkan penciptaan suci. Martabat sejati ada bila ada kemanusiaan. Ia tidak boleh diperolehi dengan mudah tetapi boleh didapati dalam kesederhanaan. Kualiti yang memuliakan diri kita boleh didapati pada diri semua manusia tidak kira orang kaya mahu pun orang miskin. Orang miskin akan menjadi kaya bila mempunyai martabat dan orang kaya pula akan menjadi kaya sekiranya tidak memililki martabat tersebut.
Apabila seseorang yang mempunyai kesedaran yang cukup tentang harga dirinya dan ianya pula mempunyai kehendak yang cukup untuk menghargai orang lain, maka ia perlu menunjukkan martabat sejati dalam sikapnya dan menghormati orang lain.

No comments: