Wednesday, February 4, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (26)

7. Buang Kerja
Buang kerja bermakna suatu hukuman tatatertib terhadap penjawat awam di mana ia ditamat kan perkhidmatannya kerana kesalahan tatatertib. Hukuman tatatertib buang kerja perlulah di bezakan dengan tindakan penamatan demi kepentingan awam dan lain-lain jenis penamatan perkhidmatan. Beberapa contoh kesalahan tatatertib yang amat berat yang mewajarkan hukuman tatatertib buang kerja dikenakan ialah:-
1. perbuatan dengan sengaja tidak taat kepada negara dan perkhidmatan awam termasuklah menjadi pembelot
2. terlalu membelakangkan perkhidmatan awam
3. engkar perintah dan menghalan tugas termasuk penentangan tugas secara nyata
4. tidak hadir kerja, misalnya tujuh hari berturut-turut
5. sabitan di mahkamah jenayah atas perbuatan jenayah yang berat, misalnya rasuah, pecah amanah, merompak, merogol dan seumpamanya
6. meninggalkan negara semasa ditahan kerja atau digantung kerja
7. memecah rahsia kerajaan dan negara kepada agen subversif dan negara musuh

No comments: